PIL PERANCANG

Saya jadi takut nak ambil pil perancang sebab takut jd kesan ii yang teruk. Spt naik berat badan dan sebagainya. Mcm mak saya dulu ambil perancang effect hari tua sakit pinggang dan tubuh jadi letih selalu..mcm mana pendapat ibu ii yg lain?

20 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

mak saya amik pill perancang dah tua takde pun sakit2 mcm awak cakap tu😅 pandai2 je awak diagnose sendiri, apa kata awak bawak mak awak ke hospital dan buat checkup kenapa dia boleh sakit2 mcm tu, entah2 sebab kolestrol & kekurangan kalsium. kalau takut nak makan pill kan ada banyak kaedah perancang keluarga yang lain , banyak pilihan. kalau takut naik berat badan, kawal lah pemakanan & bersenam. try & error mana yang okay & yang pasti kena berbincang dengan doktor untuk dapatkan nasihat & cadangan yang tepat .

Baca lagi
2y ago

Betul. Mak sy pun ambil perancang tapi alhamdulillah tak ada apa.. better pergi klinik and consults betul betul kenapa sakit pinggang and all

saya rasa kalau ikut dos yang disarankan oleh misi/doc takda masalah , selalunya yang jadi masalah kalau ubat tu kita pandai2 sendiri beli dan makan tanpa saranan doc/misi .. kecuali pil tu kehabisan stock memang misi akan suruh beli then makan ikut dos yang betul .. gitu ler , tapi taktau lah kan pendapat masing2 memang ada masalah yang macam puan cakap tuh tapi tulah macam saya cakap tadi kena rujuk misi/doc sebelum nak makan pil perancang ..

Baca lagi
VIP Member

saya ank first sblom lekat 68kg, dh lekat 71kg wk2 buka buku, last nk besalin dy naik 78kg, lepas besalin doc suruh ambik perancang cucuk,sbb sy czer first mom muda lgi kita xthu sngt bab ni, ikut kan je, 1tahun period x dtg, berat badan auto naik sampai 100kg, hanye skli je sy cucuk start pada tu Sy merancang sendiri, mungkin sbb hormon itu berat sy naik bekillo2, anak petama 2014 anak kedua 2017 anak ketiga insyallah 2023

Baca lagi

mana tau sakit pinggang dgn tubuh letih tu sbb pil perancang? doctor sah kan ke? ramai je org2 tua sakit pinggang. jadi cpt penat. nak2 lagi kalau berat badan berlebihan. sbb bdn bila dh tua x sama mcm masa muda. kudrat dh makin turun. byk buat kerja rumah penat la, sakit pinggang la. jgn la bgi mak tu buat kerja. suruh rehat je umur dh tua2 ni. xyah jaga cucu suma2 tu.

Baca lagi

Sya ambi perancang depo. Dari awal tahun ne mula ambi. tapi sya skrg bnyk turun berat badan. bila jmpa org, mesti dorang cakap sya ada sakit laa apa laa. kata2 mereka bt sya stress. sya susa nak naik berat badan skrg berbanding sblm mengandung. ada yg cakap sya tak ngam dngn perancang depo tuu. sya nak tanya, ada ka tu betul atau memang sya yg susa nak naik berat badan 🤔

Baca lagi
2y ago

Sama laa sis. period berpanjangan juga. tapi utk masa pertama tu. 3 bulan pertama. selepas suntikan kedua, 1 mggu period, 1 mggu off. suntikan ketiga ne, 1 mggu period lepas suntik. lepas tu tiada suda

kalau risau ambik pil perancang merancang la sendiri .. sebab tu pilihan masing-masing, alhamdulillah nak ni pregnant anak kedua lepas 3 tahun .. just merancang sendiri jelah macam pakai kondom, bsama bila waktu tak subur ... tapi apa pun kena bincang dengan husband sebab benda ni kena sepakat kalau nak merancang sendiri ..

Baca lagi
VIP Member

Sy pula makan pil perancang, darah keluar tak berhenti. Terpaksa pakai maternity pad. 1 hari sampai 4 kali tukar maternity pad. Punya la banyak darah keluar. Hari ke 4, pegi jumpa Dr. Dr cakap darah tu keluar sebab makan pil perancang. Setiap orang lain² effectnya. Sekarang rancang sendiri je. Heee. Apa² pun kena tanya Dr ya.

Baca lagi

Sy rsa ada masalah dgn mak sis ni. Elok g cek dan dapatkan rawatan. Jangan la pandai² kaitkan pil perancang dan kesan sakit pinggang mak sis tu. Nk amik perancang atau tidak tu pilihan sis. Lagipun macam² jenis teknik merancang ada sekarang. Kalau takut gemuk kawal pemakanan & bersenam. Jangan buat hipotesis sndri.

Baca lagi

Kalau menyusu badan mmg sentiasa lapar sbb tu lps bersalin berat badan boleh naik… tp kena pandai2 kawal la pemakanan… kalau taknak mkn pil banyak lagi kaedah lain… sanggup dgn tak sanggup je. Nk merancang sendiri pn boleh, kena tahu waktu subur dll.. tapi risiko terbabas tu tinggi lah hehe

tak penah dgr amik perancang je sakit itu sakit ini. setahu saya laa kan amik perancang ni mganggu emosi je tgok pd perancang apa yg kite ambil. macam cucuk n pil mganggu period , rasa nk marah , tp kena sabar haahha takut rancang sndiri la pandai2 laa buat keje hahaha