Just nak share kesedihan

Saya ibu yg bekerja. Kena hantar anak ke babysitter. Dah beberapa kali dia bagitau anak saya ada ciri autism. Rasa sedih sebab bila dengan saya anak main macam biasa. Balik kerja dia sambut saya depan pintu. Eye contact ada. Bila sakit dia datang merengek dan tunjuk kat mana dia sakit. Bila dengar ms rachel / linggokids dia lompat2 menari & ikut menyanyi. Hanya sebab anak dia tak mcm anak saya. Dia self diagnose ckp anak saya ada ciri2 autism. Ibu mana tak sedih. Video yg dia hantar, saya forward ke kak ipar saya yg seorang matron bahagian ibu & anak. Dia ckp normal dari pemerhatian dia dalam video tu. Sampai sekarang saya rasa mcm 'aku ni tak cukup bagi perhatian ke??''aku ni ibu tak guna ke sebab tak perasan benda2 mcm tu😭'#firstmom #AskingAsAMom #ingintahu

1 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Maaf, anak umur berapa, dan masih ada follow checkup di kk atau mana mana ke? Kalau boleh, puan tegur babysitter. Terima kasih atas keprihatinan dia, tapi takboleh suka suka self diagnosed. Pakar shj boleh menentukan. Perkembangan setiap anak pun tak sama, jadi takboleh lah nak anggap semua sama. Tapi penting juga untuk parents tidak berada dalam keadaan denial jika ada sesuatu yang lain dari anak. Ibu jangan sedih, jangan fokus dengan kata kata orang. Saya faham dan tahu, ibu dah lakukan yang terbaik. Pengalaman kawan terdekat saya, anak nya speech delay, tapi takde sign autism. So sekarang hanya cont jumpa pakar sahaja untuk terapi.

Baca lagi
3w ago

Sekarang 1thn 11bln. 1/1/25 ada appointment kk. Saya akan bagitahu semua yang babysitter katakan dan minta pandangan doktor pakar disana. Sekarang saya banyakkan bermain dan berkomunikasi dengan anak. Kalau tengok ms rachel/linggokids saya akan turut sama join anak. Semalam saya cuba ajar dia sebut 'open please'. Alhamdulillah dia ikut walaupun mula2 dia macam mengelak. Terima kasih puan atas kata2 semangat. Hanya allah tahu perasaan bila orang lain sebut begitu tentang anak saya.