Luahan hati ibu tak sempurna tapi stress

saya fully bf, anak dah 21bulan. sikit lagi nak habiskan 2tahun menyusu badan, syukur alhamdullilah berkat kekuatan tuhan bgi kat saya. Sakit badan dan tak cukup tidur itu mmg sah dah, nak buat kerja rumah pun kadang tak larat tapi takpe semua tu boleh rehat. Berat badan naik tak turun2 pun, sebelum pregnant 50kg, sebelum bersalin 64kg, pastu turun naik statik kat 58kg shj smpai sekarang. Takpe laa tunggu habis menyusu mungkin akan turun banyak nanti. Self care memang kelaut, kadang pakai skincare, kadang tak, katmdqng mandi pun tak sempat. Rambut gugur merata dlm rumah. Nak beli produk2 rasa kesian suami. Duit sendiri banyak beli mainan anak. Bersyukur dapat menyusu utk baby tapi dlm pada masa yg sama saya rasa gagal dlm bab lain. gagal ajar anak tidur tanpa mengempeng, gagal jaga gigi anak putih bersih, gagal jaga emosi kesian suami saya, gagal jaga tumbesaran anak ikut graf cantik2, gagal jaga makan minum anak. gagal jaga anak tanpa screentime, gagal supaya tak stress, gagal buat aktiviti dgn anak, gagal utk jaga mental supaya tak banyak mental load, gagal untuk stay consistent dlm buat apa2 yg baru dan banyak lagi laa. otak ni sedia tahu yg kita tak sempurna dan dah cuba sebaik mungkin dan kena bersyukur setiap benda tapi yg kurang2 tu laa yg duk menghantui kepala ni. Tahu jugak org lain ujian lagi teruk daripada kita tapi yg kusut dlm kepala sendiri ni siapa nak jaga kalau bukan diri sendiri. duk fikir mcm mana laa nak brainwash diri sendiri supaya sentiasa positif dan tak stress huhu Taktau laanapa lagi nak luahkan, banyak rasa yg ada dlm otak ni tapi taktau nak susun mcm mana dah. Saya tahu saya stress. Taktau dah mcm mana nak tolong diri sendiri

4 Balas

sy perasan ini mmg effect ibu2 yg menyusu anak utk jangka masa yg panjang,awak perlu supplement berkorban bagus tpi jgn smpi tergadai kesihatan diri..emnyusu ni melibatkan mental Dan kesihatan awk beri Makan pd anak hasil dri makanan yg awak Makan utk hasilkan susu badan,utk awak xde apa dah... hati2 nanti tulang rapuh ,Gigi Mudah patah Dan hormon trganggu.

kehidupan kita sama skrg, anak kedua NIE agak mencabar bagi Sy. tp Sy tak suka pendam ada masa Sy mesti kena luah kan apa yg terpendam yg buat Sy stress dgn hidup Sy NIE. anak mmg kuat ngempeng, nak tido mengempeng Sy penat selalu burn out, tp Sy luah je pada adik beradik yg kita rapat . sebab KLU kita pendam risau lain jadi nya.

semoga dipermudahkan segala urusan awak 🌹 pat yourself “you’ve done great as mother to another human being”

Kite sama .sama cm sy lalui skg

Soalan berkaitan

Soalan popular

Artikel Berkaitan