Kitaran haid tak normal?

Saya datang period setiap bulan tapi jumlah kitaran haid jauh berbeza-beza. Untuk kitaran 7 bulan terakhir dari May-Disember 2022: 30, 27, 38, 38, 47, 32, 20 (hari). Saya berkahwin June 2022, awal perkahwinan suami kerap pakai condom dan kalau tak pakai pun, suami akan buat pull-out technique. Sampai laa period saya datang lambat (sepatutnya awal bulan Nov dah period, tp period datang selepas 47 hari) dan kami rasa selamat untuk suami pancut dlm rahim utk kali pertama. Sejak haritu suami dah stop pull-out technique. Bulan Dis lepas, kalau ikutkan kalendar saya sepatutnya ovulasi pada tarikh tu tapi dah period lagi iaitu hari ke 20. Oleh sebab kitaran haid saya yg jauh berbeza setiap bulan, saya sukar nak jangkakan bila hari subur selain dari perhatikan isyarat badan seperti vaginal discharge. Adakah kitaran purata haid saya normal? Atau boleh jadi sebab lain? Patut ke saya rujuk doktor? #ingintahu #ttc #firsttime

Kitaran haid tak normal?
1 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

kitaran haid normal mestilah 28-31 hari setiap bulan. maksud normal = tiap bulan dtg haid. kalau ikut kiraan puan, tak dikira regular sbb ada yg terlalu sekejap & ada yg terlalu jauh. jadi mmg susah sikit nak tahu waktu subur. utk normal kan kitaran haid, puan kena rujuk doktor sakit puan & disana nanti doktor akan consult ikut kesesuaian. mungkin puan akan diberi rawatan kesuburan supaya kitaran haid jadi normal so senang nak kira waktu subur & berjaya hamil.

Baca lagi