27 Balas

Sis, kalau masih awal, nanti bila pergi checkup di kk boleh terus terang cakap dekat dr tentang mental state sis and kalau nak abort. Sis sendiri lagi tau awak boleh ke tak untuk go through pregnancy lagi sekali. Orang lain yang cakap tgh ttc ke, cakap pasal suruh sis bersyukur senang lekat ke apa, pedulikan diorang. Tu hal diorang, sis tak perlu rasa bersalah kalau sis taknak anak tapi dapat. Orang lain taktau sis macam mana. Orang lain yang ttc tu hal mereka, bahagian mereka, takda kaitan dengan sis. Yang sis kena utamakan sekarang baby 8 bulan sis, dan diri sis sendiri. Bukan cerita kesah orang lain yang sis tak kenal pun. Semua perkara yang jadi ada hikmah sis. Allah lagi tahu. Kalau sis dah nekad nak buat apa pun untuk next ni, sis doa dan minta betul betul dengan Allah. Tentang rasa bersalah, rasa taktau apa nak buat tu, sis cakap mintak tolong dengan Allah. Allah lagi tahu sis, orang lain dekat sini yang suruh buat itu ini, takda apa kaitan pun dengan sis, sis tak perlu nak fikir perasaan orang lain atau terlalu kisah tanggapan orang dekat sis.

sy masa anak baru 1tahun 1 bulan tau mngandung 5week masa tu mmg tau x buang dalam tp allah bagi juga pernah terfikir kasi gugur balik2 doa biar ggur sbb x sedia sy pukul perut sy nngis2 smpai ank dalam perut 3bulan ..smpai sy buat mcm x mngadung sy cuma layan anak sy yg setahun tu buat mcm biasa.tp lama2 sy terbuka hati sbb tkan mau stress lama2 sy sendiri sakit anak dalam perut x tau apa2 dia wujud tanpa meminta pun kalau bukan org tua dia x wujud pn jd lama2 sy cuba terima saja lama2 hati sy tenang sy cuma doa dengan allah supaya sy boleh sabar saya kuat untuk jaga anak2 sy..sy boleh sabar dengan anak2 sy,sy selalu doa mcm tu ..sy ni pula ada panic attac & pandai datang anxiety agak merisaukan juga tp sy selalu doa supaya allah tarik sakit2 tu sbb sy kena kuat untuk anak2 sy ..sy pn suda besalin sekarng baby baru masuk 2 bulan sy syg anak sy

TapFluencer

Jika nak kasihan dgn diri sendiri, jumpa kaunselor dulu puan. Puan kata puan memang decide nak anak seorang. Macamana dgn decision suami? Sebab, bila hidup sebagai isteri kena saling berbincang termasuk hal anak. Jadi buat keputusan bersama. Tak semua orang selalu kesian kat anak shj, sy sendiri kasihan diri saya, saya jumpa kaunselor dulu bagi pecah kebuntuan dlm permasalahan yg pernah saya hadapi. Dan suatu perkara yg puan dan suami kena faham, apa jua cara perancang pun 0.01% boleh hamil dgn izin Allah. So, sebelum buat keputusan nak berikan anak kepada jagaan orang lain, baik puan jumpa kaunselor. Kembangkan pemikiran dan tahu kesan pada diri, suami, keluarga lain, dan anak yg bakal dilahirkan dan juga anak yg sedia ada sekarang dan lain2 perkara ya. Utk tips didik reda, Ucapkan Ya Allah, aku reda setiapnkalindtg perkara yg mengusutkan fikiran. Istighfar 100 kali atau lebih lagi setiap hari. Alihkan kekusutan dgn buat perkara yg bermanfaat; bersedekah, berbakti pada mak ayah, buat baik pada suami dan anak, jiran, kawan2, kerabat, haiwan, siram pokok, tanam pokok, khatamkan al Quran semasa dlm tempoh hamil. Insya Allah, kita reda.

Baca juga setiap pagi dan petang zikir ni. Rodhitu biLlah Robba, wa bil Islami dina, wa biMuhammadin sollaLlahu 'alaihi wasallam nabiyya wa rosula. Baca 3 kali setiap pagi dan petang

Awak ikut pengiraan saya la kan skrg anak sulung 8bulan + 8/9bulan = anak sulung dah 16/17 bulan,dah setahun lebih laa yg sulung tu.. Kurang laa nanti high demand dia tu.. Awak masuk kelas cara handle baby high demand(tgk fb Baby Language) Anak sulung sy high demand juga.. Tpbila dia dah setahun lebih tu, dah xbrape sgt.. Skrg dah 6tahun,matang betul.. Boleh tgkkan adik2.. Btw, mgkn pada awk tiba2 pregnant tu jd masalah kan utk masa skrg.. Sesungguhnya kita tak boleh elak masalah dgn bagi anak tu dkt org lain, tapi kita cuba selesaikan.. Semoga dpermudahkan urusan awak🤲

Saya suka ayat SESUNGGUHNYA kita tak boleh elak masalah dgn bagi anak tu dkt org lain, tapi kita cuba selesaikan. Teringat masa mak saya nak cerai dgn ayah saya, pak cik saya kata, kalau mereka bercerai, masalah (mental state) mak tu selesai ke? So, selesaikan mental state tu dulu dgn dapatkan rawatan dan bimbingan. Baru boleh buat keputusan dlm sesuatu perkara dgn baik.

orang tak kesian dekat mak sebab anak tu akibat daripada perbuatan mak tu sendiri. lain lah kalau kena rape. kalau awak betul2 tak nak pregnant lagi sampai sanggup minta BTL kenapa tak ambil perancang yang betul2 confirm takkan terlambat makan lah etc. IUCD boleh pasang di KK je tak perlu swasta pun. awak fikir kalau awak mati sebab stress je, awak fikir tak kalau anak tu nanti membesar tanpa mak ayah kandung dia mcm mana? awak cakap ni dengan mak2 tau ingat awak sorang je faham struggle jadi mak macam mana?

tulah.. terpaling struggle.. orang lain hadap 3 4 orang anak dah..

Anak tu rezeki dari Allah.. Allah pilih bersebab. Allah takkan bebankan hamba dia. Ramai yang TTC. Ramai yang nak anak tapi Allah belum rezekikan buat dia orang. Pakai protection pun tapi kalau bocor tetap sperma boleh masuk. Yakin ke suami selalu buang luar? Kalau suami rasa kesian dekat isteri sepatutnya suami puasa lah dulu. Boleh jerr guna cara lain untuk keluarkan air tu. Sekarang ni terima jerr anak tu. Jangan sampai 1 hari nanti Allah ambil anak² tu menyesal pun xboleh.

Sis, semua nya ada hikmahh.. Org lain trmsuk sye sndri dh ttc hampir 4taun dh meratap pun nk ank tp sis allah bg mudah2 je tp sis dh mengeluh, hmm 😌.. Plus doc brsebab klau x bg btl lg sbb sis muda dan andaikata la jdoh sis dgn pasangan skrg x lama, tbe2 sis kwen bru xkn xnk ank ??? Redha je sis allah bg ada sbb nya mne tau akn dtg ank2 tu jd tmpt sis brgntung.. Wallahualam.. Sis enjoy je k, insyaallah sis blh sis kuat 💪🏻😊

jaga jek awak... saya baby baru 3 bln, dah dpt rezeki mengandung lagi. perbetulakn niat awak, jgn bagi kat org. kesian dia tak tau apa²... awak tawakkal pd Allah.. jaga diri dan kandungan elok²... kita diuji dgn mcm² doa masa mengandung ni la afdal.... alhamdulillah, dgn takdir Allah anak saya selamat dilahirkan thou prem baby.. namun saya syukur sgt²

TapFluencer

Sis kena tahu smua ni ada hikmah n bersebab Allah bgi rezeki bkn xde sebab. Rmai ttc kt luar yg xde ank nk ank sis.. sis kena kawal emosi sis luah dgn suami.. mnta tlong siapa2 klo bole. Sis kena redha sis InshaAllah smua ok jgn putus asa ye.. sy pun skrg prgnant memamg byk dugaan Tpi pkir balik Allah da bagi rezeki n harta paling berharga dunia akhirat .

Sy faham sis stress skrg. Tp jaga je anak tu & kandungan. Sbb rezeki tu. Org lain mcm sy nak anak juga, sis sng dpt anak patutnya bersyukur sis. Kita ni hidup kt dunia mmgla ada ujian, balasannya ada di akhirat nt. Jaga je ank2 tu, mana tahu anak dlm kandungan tu yg nak jaga sis time da tua nt, kita xtahu sis. So jaga je dgn suami skali ok 😊😊

Soalan berkaitan

Soalan popular

Artikel Berkaitan