Nak bagitau bila?

Saya dah gugur dua kali sebelum ni, dua dua kali tu saya bagitau mil lepas dapat tahu result positif. Masalahnya sekarang dia bagitau satu kampung saya mengandung, bila saya gugur satu kampung jugak tahu. Memang berita gembira patut dikongsi tapi yang menanggung nya saya bila terpaksa explain dekat semua orang yang tak berkenaan. Alhamdulilah sekarang kandungan dah 13 minggu tapi saya tiada hati nak bagitau family in law saya lagi lagi mil. Nasib baik suami faham, kami dah duduk asing jadi morning sickness tu dapat sorok. Saya plan nak bagitau lepas 16 minggu macam tu bila dah kukuh sikit. Tapi takut kalau bagitau lambat family in law terasa, macam mana ya? #firstbaby

4 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

bohong sunat je lah, bgtau je sis baru tahu pregnant sebab tak ada tanda pregnant. daripada nanti bermasam muka. dah la kena hadap bermasam muka dengan mertua seumur hidup nanti

TapFluencer

Tak perlu bgtau kecuali bila ditanya... Terus terang je pada yg lain yg puan tak beritahu kehamilan sbb jaga hati sendiri yg menghadapi keguguran sebelum ini.

xpe, bgtau lambat ckp je sbb berjaga2. xnak kecoh awal takut jadi apa2. insyaaAllah org tua patutnya lbh memahami

betul.. jgn bgtau lagi.. tunggu 16 weeks mcm sis cakap. macam kawan ni cakap, cakap je xde symptom bagai..