Pengalaman bersalin di Hospital Sg Buloh
Hi, saya cuma nak berkongsi pengalaman check in lebih dari seminggu bersalin di hospital sg buloh wing fully government 😂 sebab saya perasan takbanyak info yang saya jumpa waktu nak bersalin haritu. First thing first, macam biasa daftar before masuk. Bila masuk PAC kita akan ditempatkan dekat area khas ibu pregnant sahaja. Takboleh datang melawat dekat area PAC tu. If nak bagi barang tiada masalah. Dekat PAC tu mungkin takberapa selesa sangat sebab bilik dia ada 6 katil and 4/5 bilik. Ada katil yang ditempatkan dekat hallway juga. If ramai orang memang akan ada orang yang tidur di katil hallway. Tapi bagi saya tiada masalah sebab takde orang luar yang masuk, cuma ada pregnant mommy, nurse and doc yang bertugas shj. Makan ada 3 kali, sarapan, tengah hari dan malam (before pukul 7). Selepas pukul 7 takde makanan provided. That’s why dinasihatkan bawalah roti or biskut. Ada air coway boleb bancuh air panas/sejuk. Ruang solat di area makan. Yang bestnya mandi ada air panas😂 tandas luas cuma berkongsi, 1 bilik air untuk 2 bilik. Pagi memang akan ada sesi checkup dengan doc, sesi seluk, bacaan contraction. Seluk most of it soft. Sebab saya sangat sensitive. Seluk sakit yee bila kasar kasar. Doc and nurse seluk lembut. And ada yang minta maaf ye puan sakit sikit. Tapi ada this one chinese doc perempuan kasar. Sakit sangat. Next, if contraction terlampau sakit, doc nasihatkan untuk ambil ubat tahan sakit. Boleh reject atau accept. Tiada paksaan. If no contraction for 1 day. Doc akan nasihatkan untuk induce belon/ubat. Once induce akan ditempatkan dekat wad yang boleh melawat. Waktu ni parent/suami boleb datang untuk melawat waktu yang dibenarkan melawat. Bukaan 4cm doc akan masukkan ke LR if takpenuh. Waktu di LR saya takboleh nak kongskian sangat. Sebab lepas je doc pecahkan ketuban, nurse akan panggil suami masuk. Tapi masa saya ni LR sekejap je, sebab kena emergency ceaser. Suami masuk je LR, doc minta suami sign setuju untuk ceaser after terangkan complication kalau ceaser. Perjalanan ke bilik bedah terasa snagat jauh😂😂 walaupun saya dekat katil terbaring waktu ditolak ke bilik bedah. Saya epidural tak effective, so bius tidur taksedarkan diri. Takrasa pengalaman baby nangis selepas baby keluar. Sedar2 dah di katil wad biasa. Untum first time mom, nurse yang assist sangat baik. Nurse akan ajar cara nak latch kan baby, if malam tu baby meragam, nurse offer untuk jagakan baby supaya kita boleh rest. Yang selebihnya rasanya normal je. Tu sahajala pengalaman saya.harap dapat membantu first time mommy. P/s; bayaran sangat murah ye. Saya punyalah risau takut duit takcukup. Sebab ubat tahan sakit saya minta 2 kali, and induce belon lagi. Total bill taksampai 100. #bantusharing