Pospartum stress
Saya baru bersalin, baby seminggue lebih. Rasa penat, sengal badan walaupun dah berurut, berpantang. Stress sebab tinggal dgn keluarga yg sangat percaya dgn pantang tradisional sehinggakan sy dan baby selsema dan batuk. Baby sy diorang biarkan menangis sampai suara baby serak basah terutamanya awal pagi dan tengah malam. Sy nak menyusukan baby tapi tak jadi susu nak keluar disebabkan stress. Sy dah buat deep breathing, optimist, doa, tawakal. Tapi sy kalah dgn air mata sedih sendiri. Husband pun support kata2 family members yg lain. Kata2 sy dia tak dgr, sy cakap sy sakit dia anggap sy berpantang secara salah. Apa pula? Stokin, tutup kepala, kain kemban on, etc tapi sy rasa stress sampaikan bacaan BP sy tinggi sepanjang mimggu ni😭😵💫#pleasehelp #seriusnanya