Cikgu tadika lelaki
Hi. Saya ada soalan. Saya ada anak perempuan 3tahun dan saya dah daftar untuk masuk tadika tahun depan. Anak saya masih dlm tempoh belajar untuk tidak memakai pampers. Cikgu tadika sekarang perempuan dan akan berpencen pada hujung tahun dan akan digantikan dengan cikgu tadika lelaki. Soalan saya adakah saya patut hantar anak saya tadika tahun depan ataupun tangguhkan dulu kepada tahun akan datang pada umur dia 5tahun? Ini kerana saya kurang selesa bila dengar cikgu yang bakal diganti adalah cikgu tadika lelaki. Dan kita semua sedia maklum sekarang banyak kes melibatkan seksual cikgu laki terhadap anak murid. Dan tadika itu pulak hanya seorang cikgu dan pembantu dapur sahaja. Tiada orang lain. Dan cikgu tersebut pula baru mula nak mengajar. Muda lagi. #askmommies #mohonbantujawabbunda #Needadvice #firstmom #bantujawab



