Cara nak biasakan anak minum susu formula
Hi , Saya ada anak perempuan berusia 1 tahun 3 bulan. Sekarang masih menyusu badan. Anak saya susah nak minum susu formula… masa hantar di rumah pengasuh pun dia hanya minum 1 kali sahaja.. tue pun 2 oz. Sebelum nie dia tinggal dengan parents saya , dia minum jugak la susu dlm 3 oz… Sebelum nie saya guna snow neo baby … tp sejak dia tak nak minum susu lagi saya cuba tukar kepada susu pediasure… tapi dia masih tak minum juga… pengasuh cakap anak saya sanggup tak minum susu … cuma makan dan minum air kosong sahaja. Tapi bila anak dengn saya mmg dia direct breastfeed.. ada cara ke untuk saya ajar anak saya minum susu botol semula? Ada tak kawan2 yang senasib dengan saya??? Ada masa saya rasa sakit sangat breast nie sebab anak suka menempel je dengan saya … asalkan dekat je nak nenen… 😔