Patut ke?

Saya ada anak dah setahun, suami sekarang asyik badmood je dengan saya. Asyik merungut penat kerja bila saya minta tolong jaga anak ke, dia lebih focus pada hp. Kadang masa saya period dan senggugut minta pakaikan stokin sebab kaki senang kejang pon dia marah saya balik. Saya nak bermanja je. Salah ke tindakan saya? Bila ajak berbincang dia lebih suka cakap 'Lupakan la dah malas nak ingat'. Perkhawinan kami dah pernah nak amik kata 'berpisah' sebab saya sendiri tak tahan dengan perangai dia asyik nak salahkan saya, nak marah saya tak bertempat, tak nak berbincang dengan saya. Saya pon dah penat dengan cara perkhawinan begini. #pleasehelp

10 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Pergi set sesi kunseling di pejabat agama la sebab lelaki macamni kalau ajak bincang berdua memang tak jalan. Kalau dah kaunseling pun perangai masih tak berubah, elok ambil jalan keluar sebab tak guna lama2 menelan sakit hati dan penat sorang2. Sorang2 pertahankan rumah tangga padahal suami acuh tak acuh. Nanti tanggungjawab semua kita kena galas sendiri. Terus terang sy cakap kalau sy jumpa lelaki yg tak menjaga hati sy, tidak mempertahankan rumah tangga, tak mahu berbincang, rasa terbeban dengan keluarga sendiri dan tak nampak pengorbanan isteri ni memang sy akan tinggalkan. Apa pun langkah pertama pergi kaunseling dulu. Kenapa lah ada suami macamni. Kesian dekat isteri. Puan banyakkan bersabar dan teruskan melangkah ❤️

Baca lagi
3y ago

kalau nak main sentimen agama.. menjaga anak tu tanggungjawab suami.. bukan isteri.. kita ni jaga amanah suami je.. suami amanahkan kita jaga anak dia.. tp kewajipan yg utama jaga anak tu pada bahu dia..