Ectopic pregnancy.

Saya 1st pregnant. Sekarang 5 minggu 6hari. Dalam minggu ni selalu rasa macam period pain. Tapi tiada bleeding atau spotting. Harini rasa sakit bahagian kiri dan pinggang on and off. Pergi jumpa dr. Dr cakap tak nampak lagi mungkin sebab awal lagi baru nak masuk 6 minggu. Tapi kemungkinan ectopic pregnancy jugak. Boleh saya minta pendapat? Dan kalau ectopic boleh ke treat dgn ubat sahaja?

8 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Pengalaman ectopic pregnancy dulu mmg ada bleeding start 5 minggu lebih. Plus ada sesuatu yg menekan jee dalam perut tiap masa. Tak sakit tp rasa sesuatu lah. Dah buang f.t. Now pregnant dalam rahim, tak rasa pun sesuatu kena tekan . Takde bleeding dan cramp macam semggugut sekejap2 je then hilang

Sy pun kdg rasa jugak sakit perut mcm periode tu tapi tak lah lama.. Dalam bbrapa minit lps tu hilang. Sakit pinggang tu pn kdg2 mmg rasa jugak. Baru2 ni dktor scan guna tvs, alhamdulilah kandungan dlm rahim. Puan jgn risau, Inshaa Allah semua akn ok.

klu ectopic xbleh treat dgn ubat sis melainkan kna buang kantung tu.. sbb bahaya utk rahim n nyawa awk sndiri .. baby xbleh membesar di luar rahim.. so make sure pantau diri awk okay .. stay safe dear

http://www.myhealth.gov.my/kehamilan-ektopik/ tggu 8w untuk scan semula. selalunya atas 7w baru ibu2 scan

maaf tanya, ectopic tu apa ya? saya pun sama macam awak, tapi tak pergi klinik lagi. risau jugak ni emm

2y ago

kandungan luar rahim . bahaya dan boleh bawak maut jika janin dah semakin membesar .. segera ke hospital untuk dapat rawatan seterusnya

Sy 7week pg scan pn baru nmpk kantung.. jgn risau.. mudah mudahan smuanya ok..

saya pun sama, skrg rasa tak selesa di pinggang dan sebelah kanan 😢

2y ago

puan boleh check dekat klinik.sy baru check. alhamdulillah nampak kantung dalam rahim

Mungkin kena scan tvs. Semoga baik2 je