24 Balas
Ada pula komen mengarut dari makcik bawang yang tiba-tiba masuk ke laman saya.....dia kata dia telan minyak kelapa dara, baby dia keluar bersih dan kulit cantik, telan air kelapa baby keluar kulit bersih. Mengarut sungguh laaa Oh HELLO?????? Inilah dia satu kenyataan yang mencerminkan kejahilan ilmu. Bila saya tanya, sila jawab BABY MANA YANG DILAHIRKAN TIDAK BERSIH atau KULIT TAK CANTIK????? Makcik bawang jawab kulit yang berkerak-kerak. Adoi laaaa makcik bawang, janganlaa cakap macam tu. Mai nak habaq. Ini ilmu pengetahuan yang penting untuk anda. Sila tambahkan ilmu pengetahuan ini dan berbanggalah jika bayi anda dilahirkan dengan kerak-kerak putih anugerah Tuhan ini. Dalam gambar ini ialah bayi yang disaluti vernix caseosa. Inilah krim kulit semulajadi yang terbaik di dunia. Tiada krim yang lebih baik dari vernix caseosa. Ini dibuat dan dikeluarkan oleh kelenjar sebaceous gland di dalam kulit bayi sendiri. Ia mengandungi 80% air, 10% protin dan 10% lemak. Pada 3 bulan terakhir kehamilan, vernix caseosa melindungi kulit janin menjadikannya: 1) Kalis air atau waterproof supaya boleh duduk dalam air ketuban berbulan-bulan. Kalau tidak berkedut-kedutlah kulit bayi. Anda boleh ke berendam lama-lama dalam air, sila cuba dan lihat apa akan terjadi kepada kulit anda. 2) Ia juga mempunyai bahan antibakteria yang memberi lebih perlindungan kepada bayi semasa dan sejurus selepas dilahirkan. 3) Ia mengandungi amino acid yang melindungi kulit janin dari meconium dalam air ketuban jika janin sudah berak di dalam kandungan sebelum dilahirkan. 4) Ia membantu mencegah bayi hilang haba terlalu cepat dari permukaan kulitnya sejurus selepas dilahirkan supaya tidak kesejukan. 5) Ia mempunyai ‘healing properties’ yang mempercepatkan kesembuhan dari luka melecet atau kegeselan di atas permukaan kulit semasa proses kelahiran atau semasa ibu meneran bayi keluar. 6) Bila bayi dilahirkan, tiba-tiba terdedah kepada udara luar yang kering, vernix caseosa inilah yang membantu kulitnya menyesuaikan diri untuk peralihan dari alam yang lembab dan basah ke alam yang kering. Inilah pelembab atau moisturiser semulajadi yang terbaik. Sebab inilah sejurus selepas bayi dilahirkan, kita patut membiarkan vernix caseosa ini atas badan bayi pada hari pertama dan tak payah mandikannya terlalu awal selepas kelahiran. Bayi yang lebih muda ada lebih vernix dari baby yang sudah overdue sebab kulit bayi yang lebih matang tidak membuat banyak vernix. Inilah kurniaan Tuhan yang baik untuk bayi. Jangan kata kulit tak bersih. Jangan kata kulit tak cantik. Jangan kata kerak-kerak. Jangan kata ini datangnya dari keputihan ibunya. Jangan kata ini datangnya dari air mani bapanya. Tambahkanlah ilmu pengetahuan dan bersyukurlah anak anda diberikan keistimewaan dan perlindungan ini. Jangan lupa, namanya ialah vernix caseosa, krim pelembab kulit bermutu tinggi semulajadi yang terbaik di dunia. Terimakasih. Prof Dr Imelda Balchin Pakar Perunding Obstetrics & Gynaecology Subspecialist in Maternal & Fetal Medicine
bersama & buang dalam ni actually depends on our rahim. ada orang dia tak boleh bersama masa first trimester atas faktor keguguran, rahim tak kuat. buang dalam takda apa apa effect yang buruk pun. like i said depends on our rahim. ada sesetengah ibu mengandung bila buang dalam, rahim akan rasa sedikit contraction, perut cramp. ada sesetengah ibu mengandung pancut dalam okay. tak semua sama. so akan banyak pendapat and pandangan. kalau you ada faktor keguguran / rahim tak kuat, you kena avoid dulu bersama. but kalau you tak pernah gugur and rahim you ok, so no problem. tapi if you rasa was was you boleh tanya doc dulu. and lagipun, takda kena mengena dengan any mitos. baby dia dalam kantung dia sendiri. memang dah terjaga and terlindung 😊
Saya tak tahu badan/rahim sis macam mana. Tapi saya dah 2 kali gugur sebelum ni. Tak pasti sebab bersama ke tak. Tapi doktor ada cakap tak digalakkan bersama kalau kandungan bawah 16 minggu terutama yang 1st pregnancy. Saya rasa better awak tanya doktor awak dulu. Dia boleh check kandungan baby & akan bagitahu awak boleh bersama ke tak. Macam kes saya, pregnant kalini memang doktor kata jangan bersama selagi kandungan belum 16-20 minggu sebab ada risiko keguguran.
Betul. Tapi kalau 1st pregnancy & kita tak tahu tahap badan kita macam mana, doktor sarankan elakkan bersama. Saya sampaikan apa yang doktor bagitahu saya 😊
takde masalah pun sis.. saya dah anak 4 ni bila bersama pun buang dalam ja.. Alhamdulillah.. ok.. InshaAllah sis.. bole ja.. ada masa lepas bersama tu memang terasa perut mengeras sikit tp kejap ja.. rehat cukup.. air minum byk.. TAPI.. kalau doc yang kata sis tak bole bersama atas sbb kesihatan ibu dan bayi.. maka ikut kata doc tersebut.
boleh je sis bersama. nk buang dlm ke luar ke. boleh jeee..cuma klu sy awl² tuu agak mngeras sikit jela prut bila buang dlm. tp mmg Sy dn suami xde pntg larang ap²... mmg kami dr 1st smpai 3rd trimester bersama buang dlm je..ikut keadaan masing² jugk sis.. cuma klu yg org ckp buang dlm bby berkerak tu mmg Salah.. boleh follow Dr imelda.sy bnyk bc ilmu yg dia share.
Boleh je sis x de masalah pun cuma janganlah ganas2 , kalau ada masalah dengan rahim ke apa doktor mesti dh bgthu risk dia bila bersama , so far dri 1st trimester sampai bersalin ok je , anak pun takde la macam yang dikatakan putih2 banyak la apa la mitosss itu vernix bkn air mani
Jujurnya sy pun xtau. Tp atas pengalaman kehamilan pertama takde apa yg abnormal pun terjadi. Sy xrasa akan jd apa2 sbb bukannya air mani tu tembus kantung baby pun. Dia akan mati dan hilang dgn sendirinya lps tiada persenyawaan berlaku.
Yg sy tahu lah, buang dalam akn kecutkan rahim ibu. kita pulak dalam proses nak kembangkan rahim. waktu transmiter ke 2 suami sy buang dalam. bila dah 35w ke atas sy dah tak bagi. risau ketuban pecah awal.
boleh lebih bagus utk process kelahiran, sy dgr info dr Dr pakar puan sndri, tp sy lupa nama Dr, hingga trimester 3 lg bgus..sy pon bakal² 1st bby jga nov ni, cuma x bole ganas sgt la..hahaha kna rajin cri info
xde masalah pn klu nk buang dalam..cma tuk first trimester tue jgn la dlu, takut rahim xkuat..awal lagi kn bby bru nk jdi..nnt da second or 3rd trimster boleh la nk brsama cma akan cramp skit la kt bhgian perut tue..
sy dr awal tahu pregnant pun, bersama je suami. alhamdulillah okay je. selagi takde rasa sakit, takde bleeding. tp xbuang dalam la, sbb risau. bila dah second tri, suami try buang dalam, sy masih okay xde rasa sakit.
fatin nadyra