Alahan muntah

Sape kt sini tak boleh makan nasi/sayur/lauk lauk? Mesti rasa nak muntah.. apa yg korg akan makan utk hilangkan lapar? 🥲#ingintahu #firstbaby

17 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

saya pula tak boleh makan ayam. terus muntah. saya nak hilangkan tu,tips makan kerap,portion sikit,berhenti makan sebelum kenyang,kadang tu dua tiga suap dah stop, elakkan makanan yang trigger muntah, dan makan buah2(saya suka makan jambu batu,buah oren,apple) makan biskut kering,minum susu, dan makan jer apa yang boleh makan selagi berkhasiat dalam portion yang sederhana. try and error. semoga kita terus kuat dan sihat selalu💪

Baca lagi

Saya masa mengandungkan anak sulung 3 tahun lepas memang alami morning sickness yang sangat teruk. Setiap kali lepas makan confirm muntahkan balik. Sampai yang rasa pahit dah. Muntah hijau org kata. Sampai third trimester pun still muntah. Apa yang buat, saya try makan buah2. Selain dri buah langsung xleh masuk. Rsa nak mkn tu ada, tp dh telan confirm kluar balik.

Baca lagi

Saya tak makan. 😂 sbb takleh makan apa lgsung. Air masak pon benci tgk. Minum 100 plus aje tapi sikit sikit utk kasi tenaga. Takleh banyak sbb gula. Makan buah aje yang masam dan cicah benda pedas. G clinic cucuk ubat tahan muntah. Atau minta dgn doc ubat telan tahan muntah yang ngantok. Benda tu aje yang buat saya tahan sampai 10 weeks.

Baca lagi

Mcm sy mmg xleh tgk nasi lgsg. Ayam ikan daging xleh mkn.. sy byk mkn roti, cereal, susu, buah n biskut jagung je.. tp nk try makan jelly. Sb mcm agar2 n dadih tggi calories so byk bg tenaga. Cume btter bt sendiri sb kalau yg dkt kedai mgkin ade pengawet..pastu mkn sikit tp kerap.. so xkn ase lapa.. n minum air kosong byk.

Baca lagi

Saya pun muntah teruk skrg..makan semua benda tak kena, sensitif sangat dengan bau..kucing yg wangi pun jadi busuk huhu So far paksa juga makan, air ganti dgn air oren / air kelapa sbb air kosong takleh minum langsung.. sy 7 weeks

2y ago

So far saya mnum okay je..tapi tak lah hari2 😅

Saya skrg. Boleh makan bihun je tu pon sup2. Goreng2 lgsg tak boleh. Saya beli buah makan la bila lapar. Pastu kurma. Tu je la makanan harian skrg. Roti pon kadang2 boleh

TapFluencer

Saya nasi langsung tak boleh terima. Minyak2 semua x boleh sbb xtahan bau minyak tu. Saya makan roti dan buah2. Makan la biar kenyang. Semoga kite ibu2 kuat ye

Sy pulak makan semua xkena. Masin xblh. Pedas xblh. Manis pn xblh. Asal makan apa2 je mesti rasa terlalu masin@manis@pedas. Husbnd makan ok ja🥲

saya pon sama... dtg kan selera takde, tgok nasi pon x lalu,, tgok lauk ayam plak mcm geli.. nikmat mkn mcm mkin kurang & berselera 😔

Say survive dengan buah dari 5w ke 9w. Tu pun banyak muntah dari masuk. Roti biskut semua takboleh. Makan ke takmakan still muntah 🙂