Working mum

Sapa kat sini bekerja? Sy sekarang dah 32w. Bekerja agak jauh jugak dengan jarak perjalanan dlm 70-90 minit dari rumah. Sy bercadang utk berhenti kerja kerana jarak perjalanan yg agak jauh dan risau jika terjadi apa2 kpd sy dalam perjalanan. Tapi dlm masa yg sama risau sebab akan tiada kerja lepas ni. Kontrak sy akan tamat pada oct ini tapi saya bercadang utk berhenti dlm bulan depan. Apa pandangan ibu2 sekalian? Kerana sy penat berulang alik dan rasa tiada keikhlasan nak bekerja kerana kerap cuti dan mc atas masalah yg tak dapat dielakkan. Terima kasih atas cadangan dan pandangan jika ada.

9 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Kalau boss awak sambung contract untuk beberapa tahun, awak nk x keje? Isu2 mcm nie sebenarnye hanya awak yg boleh jawab. Kalau tanya sy, better jgn berhenti keje. Sayang Sgt dah dpt keje, x kisah la contract ke x contract ke, lpastu berhenti keje semata2 sbb pregnant. Awak x tahu perjalanan hidup masa dpn mcm mana. Perlu kn byk duit nk membesarkan anak nie. Betul, duit boleh dicari lpas tu, ada rezeki di mana2, tp awak tgk sekeliling, berapa ramai working mom yg terpaksa melepaskan career mereka masa pregnant rasa Sgt2 menyesal... Sbb hidup skarang mmg perlukan duit sgt2. Bila2 masa awak free, duduk n fikir. Ambik kertas, tulis komitmen suami isteri awak. Dalam masa 1 tahun, life awak dan suami mcm mana. Tulis Pro n cons bekerja dan x bekerja.. Lpas 1 tahun, 3 tahun akan dtg life mcm mana, n 5 tahun akan dtg life awak dan keluarga kecil pula mcm mana... Emergency? Tiba2 jadi benda x disangka, apa nk buat.. Fikir betul2 n tulis atas kertas tu. Bila awak buat mcm nie, awak akan nmpk masa dpn awak mcm mn. Dr situ awak boleh buat keputusan.. I wish u all the best.

Baca lagi
2y ago

Sy dah fikir mengenai resignation ni sejak dari awal pregnant lagi sebab sy mengalami alahan yg agak teruk. Cuti dan mc sampai melebihi sebab status kontrak sy ni. Actually, sy dah bekerja dgn status kontrak ni dah 8 tahun. Increment sy sepanjang ni hanya rm100 saja. Modal minyak sebulan pun dalam rm400-500. Serius meletihkan. Syg mmg syg sebab keja susah nak dapat tp memikirkan kesihatan mental dan fizikal sy, sy decide utk resign jgk. Komitment mmg banyak tp sy dah setelkan sikit2 sebelum sy decide nak resign ni. Tambahan lg, jika anak sy dah lahir dan sy bekerja sejauh ni, jika jd apa2 dkt anak sy, jarak perjalanan yg agak jauh amat sukar bg sy. Suami pon bekerja jauh dgn jarak perjalanan dalam 2 jam mcm tu. Terima kasih atas pandangan puan. Tp sy cuma ingin meluahkan apa yg sy rasa.