Sekadar luahkan perasaan

Salam smua ibu2. Saya skrng ni tengah pantang day-11 dngan mak sendiri. Entah la rasa mcm muak pula sbab hari2 mkan nasi + sup ayam je. Sayur skali skala je ade. Lunch dinner mmg lauk sama je la hari2. Saya dah muak mkan. Smpai skrng ni saya mkan 1-2 suap je dah xde selera dah nak mkan. Buah pun dari awal pantang xprnah mkan. Saya bagi duit rm500 kat mak beli ape patut for pantang tp takkan hari2 hadap ayam sup je😭 saya dah beli siap2 salmon pun mak xmasak, saya sendiri kadang masak. Dngan pjj lagi dngan husband lagi buat saya down. Masa husband ade sini merasa la juga saya mkan bread butter kaya toast, buah buahan sbab husband beli. Ni husband dah balik dah saya rasa sunyi pula. Kadang tanpa sedar air mata jatuh. #firstbaby #firstmom

36 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Kalau dikurniakan rezeki lebih, masih sempat untuk ambil CL. Kita pun tak stress nak makan. Anak CL boleh tolong2 jugak tengokkan mandikan. Mental health tu sangat penting, lagi2 tengah pantang. Saya belum merasai pengalaman ni, tapi selalu baca posting ibu2 dgn pengalaman masing2. Pendapat saya la, invest duit utk hired CL berbaloi. Saya pun ada cita2 nak hire CL bila berpantang. Tapi tengok ekonomi saya, mungkin mampu senyum sahaja. Tapi takpe setiap orang kan lain jalan ceritanya, rezeki pun ada je mana2. Saya doakan urusan sis dimudahkan, dikurniakan kesihatan yang baik2. Virtual hug🥰

Baca lagi