Baru lepas keguguran

Salam semua. Saya seorang ibu, anak 3. 2 bulan lepas, saya dapat 1 berita. Saya disahkan mengandung anak keempat. Anak ketiga waktu tu 1tahun 5 bulan. Masa mula2 tahu, berbelah bahagi. Sebab tak merancang untuk dapat anak, anak ketiga masih kecil dan sekarang tengah sambung belajar sambil bekerja. Tapi, selama masa berjalan, pastu, mase 6 minggu nampak heartbeat semua tu, perasaan sayang timbul.. tapi, diduga dengan keguguran semasa 9 minggu. Tak disangka, lepas 2 minggu, rasa sedih teramat. Rasa kehilangan. Dalam masa yang sama, walaupun dalam kesibukan belajar dan bekerja, disebabkan kehilangan tu, buat saya rasa nak mengandung lagi.. saya rindu moment nampak heartbeat, perasaan mengandung tu, manis sangat rasanya. walaupun pada awalnya, reluctant atas sebab2 saya dah nyatakan di atas. patut ke saya mengandung lagi? Atau saya selfish? Patut ke saya pakai perancang, dan tutup kilang? #AskingAsAMom #mohonbantujawabbunda #Needadvice #sharing

1 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Better tunggu 6 bln lg la pendapat sy