Anak 5 bulan tiba² cirit-birit bila minum semua susu

Salam semua, saya nak tnya. Ada tak ibu² yang baby dia ada pengalaman macam anak saya? Btw saya first mom. Anak saya masa baru lahir memang saya bagi susu badan sampai 1 bulan lebih sahaja. Kemudian, susu makin drop then misi suruh topap dgn fm. So lama² susu badan saya dah tinggal setitik dua je kalau pam pun kdg tak keluar. Dah urut pun mcm tu jugak. So saya terus bagi fm sampai sekarang. Masa mula² tu mmg bnyk try n error jugak fm yg sesuai utk dia sebb mostly tak ok. Sampai la pharmacist suggest susu kambing. Mula² karihome (start tukar sebb baby mcm tk suka sgt) then tukar ke ar rayyan tifalac susu kambing jugak. Alhamdulillah dia minum sampai penghujung 4 bulan nak masuk 5 bulan. So far takde masalah apa sepanjang minum susu ni. Dia tak pernah cirit birit, muntah susu, sembelit atau ada alah apa² dgn susu ni. Tapi bila betul2 dah nak masuk 5 bulan and now dah 5 bulan 9 hari. Tiba² anak saya start cirit birit. Dah masuk 2 minggu 1 hari. Anak saya aktif dan masih nak menyusu.Saya ada pergi ke klinik masa anak saya cirit-birit hari ke 4 or 5 tak silap saya. Dr suggest tukar susu. Then saya try n error balik semua susu. Tapi setiap kali anak saya minum semua jenis susu yg saya try tu, anak saya mmg terus berak dan masih cirit-birit. Najis dia warna hijau atau kuning dan mesti ada lendir. Saya dah try susu nan lactose free, anmumlac, dupro soy, novalac DN dan ar rayyan semula. Tapi semuanya sama. Bila dia minum, dia mmg akan terus berak. Sampaikan anak saya jadi sedikit susut sebab kerap berak. Saya akan bawak anak saya utk ke klinik semula nanti. Cuma saya nak tahu pengalaman ibu² yang pernah anak dia kena mcm ni. Adakah anak saya memang tak boleh minum susu atau macam mana? Tapi so far anak saya mmg tak ada muntah, demam atau ruam. Dia okay je. Cuma cirit birit. Terima kasih untuk yang sudi menjawab 😊Jangan kecam saya. Saya cuma nak tanya pendapat. #bantujawab #SeriusTanya #Sharing_dong_Bund #ingintahu #firstmom #bantusharing

Soalan berkaitan

Soalan popular

Artikel Berkaitan