Anak nak perhatian. Saya faham bila kita penat, kita cepat emosi rasa nak marah2. Bila jadi macam tu, awak pejam mata take a deep breath 3x. Waktu ni anak nangis, awak biar dulu. Once you're done, tanya anak nak apa. Sit eye to eye level dengan anak. Tanya anak, contoh 'mommy tak boleh duduk ya? Okay, mommy bangun. Sayang nak main? Jom kita main.'
Kadang awak tak perlu main sekali pun dengan anak. Cukup awak ada kat sebelah sambil tengok dia main atau makan. Itu je yang anak nak.
Oh bila anak menangis jerit2 tu, awak just stay still. Don't give any reaction. Tengok je dia. Nanti anak macam pelik dan mula tunjuk tanda cool down, time ni awak pujuk dia. Tanya 'Nak mommy pujuk? Nak peluk?' ni antara contohnya.
Saya faham awak penat. Bila anak tantrum lagi la rasa macam nak meletup sebab kita penat. So mommy banyakkan sabar, dapatkan support daripada suami juga dalam sama2 tangani tantrum anak. 🌹