Baby Hampir 2 Bulan: Hearing Test Peringkat 2
Salam & Hi semua. Nak tanya mothers or fathers yg berpengalaman anak kene refer untuk hearing test kali kedua. Semalam anak sy jalani hearing test kali kedua sebab hearing test pertama masa baru lahir tu tak pass. Result semalam, sesi pertama telinga kiri & kanan pass. Tapi sesi kedua, dua telinganya tak pass. So far kalau barang terjatuh, dia terperanjat. Kalau sy bunyi kan loceng atau sy memanggil namanya memang dia tumpukan perhatian & sengih atau berhenti menangis. Keturunan sy & suami Alhamdulillah tiada sejarah pekak. Dokter beri tempoh sehingga umurnya 3 bulan. Mungkin organ pendengarannya belum matang sepenuhnya. Ada mothers atau fathers alami macam ni? Any advice? Thanks all ❤️