Bayi Demam dan Batuk Kahak

Salam semua, mohon perkongsian buat para ibubapa yang pernah hadapi situasi seperti saya. Anak saya dalam dua hari ni tetiba mula batuk seperti berkahak dan badan mula panas. Dah ke doktor dan dia cek ok tiada yang merisaukan cuma hanya pantau sahaja. Namun saya agak risau bila dia susah untuk tidur dan suhu badan naik. Boleh minta perkongsian ibubapa yang pernah jadi seperti ini. Terima kasih #bantusharing #firstmom #ingintahu #firstbaby

1 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

bby umur berapa mmy? kalau bby demam,pakaikan dia baju yg nipis/lubang². nak bagi haba panas badan dia tu keluar. lagi bagus kalau tak pakai baju. anak² saya kalau demam masa kecil² dulu saya cuma pakaikan pampers je. selimut pun saya guna kain lampin dia. kan nipis..dah elok baru guna balik selimut dia... kena rajin lap² dgn air ye mmy badan bby dan kepala. kalau mmy beli cool fever,tampal dekat belakang badan bby. jangan tampal dekat dahi. nurse tak bagi,sbb nanti semua suhu panas akan di tarik naik ke kepala. jadi tampal kat belakang badan bby je.pastikan kerap basuh kepala bby. kita tak nak suhu dia tinggi,boleh kena sawan. kalau mmy pegang kepala bby panas,basahkan kain dan perah atas kepala bby. tak pun mmy angkat je bby basuh kepala dia kat singki. kipas sentiasa buka. kalau bby dah 6 bulan keatas, dah boleh makan,besok mmy buatkan dia bubur nasi + lada hitam. boleh juga campur sayur dan ayam. ataupun buatkan sup ayam + lada hitam. campur lah apa² sayur yg mmy nak campur. lada hitam tu letak siket je dulu. jangan banyak². agak² je. pastikan minum air masak lebih. tapi kalau bby bawah 6 bulan, pastikan bby kerap minum susu ye mmy. kalau bby belum boleh minum ubat batuk,tepuk² badan belakang dia dgn tangan mcm dlm gambar tu. nanti kahak bby akan keluar ikut najis/muntah. saya doakan semoga bby cepat sembuh ye mmy..sabar okey,🤲🏻❤️

Baca lagi
Post reply image
2y ago

Terima kasih atas sharing baby umo 6 bulan skrg sy akn cuba buat apa yg dikongsikan