rancang keluarga

salam semua.. ada tak ibu2 yang rancang sendiri.. tanpa ambil sebarang perancang keluarga...boleh share pengalaman dengan saya tak??? sy baru ada sorang anak,,, rancang sendiri... anak dah nak masuk 4bulan..risau jugak kot2 terrrr.... buat masa sekarang,,, alhamdulillah semua terkawal๐Ÿ˜†๐Ÿ˜

9 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Sy mula2 je pakai perancang, semua jenis dah try.. Injection, iucd, pil.. Lama2 fed up plak ๐Ÿ˜… merancang sendiri je la.. Point tu dari suami sebenarnya.. Macam sy, suami yg rancang semuanya.. Sambil2 sy monitor ๐Ÿ™ˆ track waktu subur.. Kalau tengah tak subur, sy biar je suami buang dlm.. Kalau tengah subur, bisik je kat suami sblm start tu "tengah subur ni, be careful" dgn nada manja ๐Ÿ˜œ anak sy yg 1st skrg umur 7 tahun.. Dia dah start minta adik.. Baru la kitorg berbincang, kira2 semua perbelanjaan, suami pun tanya sy, sy dah ready ke mental n fizikal.. Once decided, baru kitorg mencuba.. 1st attempt terus berjaya pregnant.. Tp takdir Allah, sy keguguran.. Suami sy trauma sama banyak dgn trauma sy.. Apa2 sakit yg sy rasa, dia empati, dia pun rasa sakit nya.. So nak mencuba lagi tu, mmg kitorg berdua perlu kan kekuatan.. Alhamdulillah, bila sy yakin, suami ikut yakin, baru la cuba lagi sekali and now sy tgh pregnant dah 34w ๐Ÿ˜Š semoga perjalanan pregnancy kali ni berjaya.. #secebis pengalaman merancang saya & suami ๐Ÿค—

Baca lagi

Waalaikumussalam wbt. saya lepas bersalin anak pertama, secara czer, nurse ada pesan suruh ambik perancang sebab takut jarak dekat sangat. tapi saya dan suami pilih untuk rancang sendiri disamping saya akan ambil postinor setiap kali lepas bersama. walaupun setiap kali bersama buang luar. sampai anak umur setahun lebih Allah bagi rezeki anak ke 2. masa dapat tahu hamil memang terkejut sangat2 sebab ingat buang luar dah selamat. anak pertama pulak tengah melasak. tapi rezeki terima jaa... lepas bersalin anak ke 2, terus ambik perancang, depo(cucuk). doktor sarankan ambik sebab saya dan suami jenis subur. ank no.2 ni pon czer. tak tahu sampai bila akan ambik depo sebab ikut saya dah taknak anak lagi lepas ni, just nak fokus kat ank2 terutama anak no.2, dia oku.

Baca lagi

Saya masa anak first ,tu nurse dah tny dah lps ni nak rancang mcm mna , saya takut sikit kalau bab cucuk pasang alat semua , ingat nak ambil pil laa , belum ambil pil dah lekat ๐Ÿ˜… nurse pun ada pesan yang saya ni jenis subur takboleh rancang sendiri Anak kedua saya terus ambil pil sbb takut lekat awal Tapi kawan saya yang sama umur dgn saya pun rancang sendiri juga ok je jarak antara anak pertama dan kedua Ikut org juga , kalau sis nak rancang sendiri kena betul2 rancang , kalau boleh catat tarikh period bila , time subur bila

Baca lagi
VIP Member

Saya ๐Ÿ™‹๐Ÿปโ€โ™€๏ธ. Saya tak ambil sebarang ubat perancang, tak guna suntikan atau tampal implant. Cuma jika bersama suami, jangan buang mani di dalam. Alhamdulillah sekarang anak dah umur 1 tahun dan kami berjaya follow perancang kami. Setakat ni akan teruskan merancang sendiri tanpa ambil any medication

Baca lagi

Saya masih dlm pantang ank 1st. Tp sy fikir lps ni sy ingat nk ambil pil perancang kut instead of other alternative. Lebih senang. Tp sy juga ingt nk berjaga2 juga utk luaran. Risau takut melekat. Sy beranak czer. Dan mmg fikir blm nk ada anak lg dlm tempoh 2,3 thn ni.

saya lepas bersalin anak sulung konon nak rancang sendirilah. beberapa bulan tu ok lagi. anak sulung 10 bulan terbabas pula ๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…. lepas lahirkan ank no 2 czer pula tu, saya ambil perancang, tak berani dah rancang sendiri. ๐Ÿ˜†

W'salam sis. Saya dah nak masuk 4 org anak, semua rancang sendiri tanpa ambil sebarang ubat perancang. Alhamdulillah.. Yg sulung 12 tahun, 2nd 9 tahun, 3rd 4 tahun, skrg ni tengah tunggu hari lahirkan yg nombor 4 ๐Ÿฅฐ

kalau jenis regular senang sikit nk rancang. Hari nk dekat subur n hari subur suami msti pki kondom. Hari lain just buang luar. Kerjasama dr suami yg penting.

kalau sis rancang sendiri boleh je,tapi kerjasama dari suami amat penting..kena sentiasa ingatkan dia time bersama tu ๐Ÿ˜Š