Salam sejahtera semua π
Saya mengalami keguguran pada trimester pertama ( kandungan bertahan 6 weeks sahaja )
Alhamdulillah telah selesai menjalani rawatan di hospital 3 hari lepas.
Ni pengalaman pertama buat saya π’
setelah 5 bulan berkahwin.
Saya nak minta tips berpantang
dari segi rutin harian,
Apa yang tak boleh dibuat?
Contoh, Tak boleh banyak bergerak ke?
( saye housewife )
Kemudian, tips dari segi pemakanan
& minuman ketika berpantang.
Apa yang tak boleh dimakan?
Boleh minum susu tak?
Air apa lagi ye boleh diminum?
Atau hanya air kosong/suam sahaja?
Setakat 3 hari ni, saya makan nasi + ikan panggang kunyit + sayur pun rebus je.
π
Tak berani makan benda lain.
Tapi badan rasa lesu sikit
& ade angin, kembung sikit perut ni.
Sapu minyak panas boleh ke?
Mohon share tips nye π Maaf banyak soalan. Terima kasih sudi luangkan masa membantu. Moga Tuhan memberi ganjaran atas kebaikan kalian β€οΈ
#firsttime #mohonbantu
Anonymous