Luahan dan pertanyaan

Salam. Saya skrng dah 35w.. tapi brg baby ada dalm 50% lg takde. Yg ada cuma baju, tilam dan kelambu.. itu pun family bagi dan kakak2 ipar bagi yg mana baru2 lps bersalin anak dh besar. Brg2 penting utk ibu berpantang satu pun takde lagi.. disebabkan masalah kewangan (duit mk beli brg dapur pun takde, apatah lg keperluan bersalin). Tambah lg dgn nk dkt raya, bnyak belanja lg. Tp skrng kepala x fikir pun raya. Lebih pada susah hati fikir diri ni nnt nk pantang takde apa. Jd nk tanya klau berpantang tp tak mcm berpantang sbb xde modal, nnt hari2 kedepan ada effect teruk ke pada badan? #ingintahu #firstmom #pleasehelp

11 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Think positive saja awak... Sy skeptical pasal pantang2 nie.. Walaupun sy ada modal untuk berpantang, sy x terfikir langsung nk berpantang mcm dulu2 berpilis bertangas semua tu. Sy lebih kpd cukup rehat n healthy food sudah cukup. Alhmdulillah okay je. Penat bdan tu biasa lah badan kita bukn mcm anak dara dulu. Tambah pula dgn tanggungjawab nk urus rumah, nk uruskan anak, breastfeeding n sy bekerja. Mmg penat die lain mcm lah. Nnt bila awak dah beberapa bulan bersalin ada modal lebih boleh pergi berurut. Nie mmg membantu. Semoga urusan awak dipermudahkan.... x yh fikir Sgt pasal brg2 pantang nie. lebih baik awak invest untuk healthy food lepas bersalin nnt.

Baca lagi

Sama mcm saya, saya bersalin anak first masa first pkp yang lockdown semua kena duduk rumah tu. Tak mampu nak ambil CL, sebab masa tu saya masih student. Pantang just rehat dan jaga makan je. Makan pun makan yang simple2 je, ikan bakar, ayam bakar, sup2. Lepas dah habis pantang, ada modal sikit baru pergi berurut, bertangas sekali sekala. Tapi alhamdulillah masa tu semua ada kat rumah, mak mertua yang tolong masakkan. 😊 Ni 2nd baby nanti, masih takde modal sbb dah berhenti kerja. Jadi pantang sendiri jela. Yang penting banyakkan rehat dan jaga makan je sis.

Baca lagi

Sy masa anak first, x fikir pun langsung pasal barang2 pantang semua tu. Setakat beli bengkung je utk support sbb sy czer. Bertangas ke apa semua tu x buat pun. Cuma berurut je tu pun 3 hari je sbb nak bagi lancar susu badan. Hanya lebih kpd pantang mkn je. Jaga pemakanan. Barang keperluan yg beli pun lebih kpd barang2 baby. Utk anak kedua ni pun x ada beli barang2 utk pantang. Bukan sy x mampu nak beli tapi lebih fikirkan mana yg lagi penting. Jgn terlalu ikut ckp org. Ikut pd kemampuan diri. Jgn stress2 k 😊

Baca lagi

Ada mnyak panas pun okey dah. Yg pnting pkai stokin, klau mcm sy makanan tuh dh trbiasa mkn yg rebus2 😂 takde nak param pilis mandi daun2 semua takde. Tp ada org dia cari je daun2 kt rmh2 org. Mandi air suam mcm biasa. In shaa Allah, sy doakan urusan awk dipermudahkan, awk n baby sihat. Aamiin. Jaga emosi jgn stress, jgn buat krje berat time pantang. Ada yg tak mengurut tpi aktiviti spnjg pntang dia jaga.

Baca lagi

sy pun masa bersalin first takde brg2 pntang. stakat minyak panas utk sapu2 kt perut pinggang kaki tu pstu ikat barut pun pinjam kakak punya. tungku pun pnjam kakak punya. sy berurut 3x utk 3hari shj.. lain2 dan brg2 pntang tak beli pun. makan healthy food dan byk berehat masa pntang. klo sembelit pun masa lps brsalin, dktor bg ubt mnum utk lawas.

Baca lagi

buat ikut kmampuan kita sis.. kalo rsa xdpt nk beli brg bpntang.. beli mnyk urut panas tu.. beli ape yg penting dan wajib kna ada.. skrg zaman moden sis.. duit pulak rm100 mcm rm10.. sis utamakan mknan dan hidup yg sihat.. saya buat mcm tuu jerr masa anak no 2 dulu.. czer lagi.. anak lahir smggu nk raya..

Baca lagi

kalau pada pandangan saya, selepas bersalin.. rehat byk2, rehat fikiran juga, pakai stokin, pakai pakaian selesa.. makan makanan sihat (sayur, dan protein) bila fikiran dan hati rehat tenang.. pemakanan sihat.. in Sha Allah... Sehat lah..

Sama mcm sy juga. Tapi inshaAllah mana yg perlu dan betul2 penting sj dlu. Pakai mana yg ada. Brg utk berpantang pun sy xda beli. percaya ja dgn rezeki dr Allah. Mudahan Allah beri kesihatan yg baik utk kita.

Tak apa cik, fokus pada pemakanan & urut saja. Kalau tak mampu berurut pun, lepas abis pantang @ dah stabil masih boleh mengurut. Yang penting jaga emosi & kesihatan ya 😘

Sy beli set pantang sari ayu tu je less than 100 wlaupun ni ank 1st yg penting jaga makan n mental sbb kita nk mnyusu