Bila ada sejarah yg berkaitan dgn tulang belakang sebelum pregnant, bila pregnant memang akan mempengaruhi sebab struktur tulang akan berubah sikit masa pregnant utk bagi ruang kat baby. Jadi sakit tu mungkin berpunca dari trauma yg lepas. Cuba buat senaman yg fisio pernah ajar puan dulu tapi buat yg puan rasa boleh buat je sebab puan tgh pregnant. Bukan semua senaman boleh gunapakai.
Kalau jumpa doc orthopedik pun, doc cuma cadangkan paracetamol je sbg painkiller yg selamat utk pregnant dan cream methanol utk sapu. Tak boleh nak suggest utk mkn painkiller lain mcm celebrex @ arcoxia.
Cuba puan tuam dgn tuam panas kat belakang kat tempat sakit. Masa duduk, tinggikan kaki. Masa tido, kalau terlentang, letak bantal bawak lutut bg kaki tinggi sikit. Kalau mengiring, letak bantal di celah kaki. Tido mengiring lagi selesa kalau tgh sakit belakang.