Anak tak sah taraf
Salam saya nak tanya, kat sini ada tak ibu2 yang pernah ada anak tak sah taraf? Tapi tak berkahwin dengan ayah anak tu? Saya nak tanya, macam mana saya nak bagitahu bakal suami saya yang saya ada anak tak sah taraf. Bukan anak hasil perkahwinan? Saya dalam dilema sebab takut di pandang rendah atas silap saya yang dulu. Saya ada kenal beberapa orang lelaki jugak untuk di buat suami, tapi saya takada keberanian nak beritahu anak saya tu, anak tak sah taraf. Saya cuma cakap yang saya dah berpisah je dengan ayah anak saya ni. Boleh tak bagi cadangan cara untuk saya beritahu hal yang macamni?