Tips baby minum air kosong

Salam, saya nak tanya ada tak tips atau idea untuk menarik minat anak untuk minum air kosong. Ataupun cadangan waktu yg sesuai untuk beri anak minum. Anak saya 9 bulan, saya dah beli sippy cup, straw cup, training cup, botol pun dah beli. Nampak dia kurang berminat. Selalu sembelit, dah consume prebiotic and doctor ada bagi lactul. Susu dan makanan setakat ni takde masalah, cuma air kosong je susah dia nak terima. #pleasehelp #firstbaby

2 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Anak saya pun macam ni sebelum ni. Minum satu sedut je. Skrg dah dekat dua bulan saya duduk suap sippy cup tu kat dia hari-hari. Now dia tiba-tiba je minum air tu banyak, habis jugak lah 2 ounz. Anak sy skrg 10 bulan. Mungkin perlu ambil masa untuk dia suka. 🙂