16 Balas

TapFluencer

saya tak tau sama ada cadangan ni sesuai ke tak. saya bersalin normal. anak pertama. banyak jugak jahitan dia. mula mula tak tau pun ada cream antibiotic untuk luka jahitan tu. kakak sy yg suggest. sebab sy mengadu dgn dia luka saya sakit berdenyut. nak tidur pun susah. padahal dah nak baik dah luka. benang tgl 2 je lagi tak cabut. masa check up KK mmg nurse ckp kena hati hati sebab ada macam lubang. nurse tak bagi banyak gerak. tapi sy mmg byk jalan sbb bilik air dgn bilik jauh. so sy beranikan diri untuk check sendiri and cuba tekan tempat yang sakit. mmg berlubang and keluar cecair kuning. last sekali picit keluar darah. lepas sy picit tu alhamdulillah rasa sakit tu hilang. mak ckp luka dalam tgh nak baik sebab tu keluar cecair tu. tapi tak ada bau pun cecair tu. then kakak suggest cream tu. nama cream tu fucidin. boleh cri kt farmasi. sy pakai cream tu tak sampai seminggu dah nampak effect dia. kena rajin cuci. sapu cream lapik dengan kapas tempat sapu cream tu. insha Allah baik. harap membantu.

yg mcm ni ke sis.. ada gmbar x

Saya 2nd degree tear. Tak berapa nak ingat brpa lama luka sembuh, tapi ambil masa lebih kurang 2 - 3 minggu juga. Saya buat sitz bath tapi tak setiap hari. 15minit untuk setiap sesi. Ada nurse suruh buat, tapi ada yang larang. Tapi depends dengan diri sendiri. Bagi saya, kena pastikan luka tu sentiasa dalam keadaan kering. Rajinkan lap dengan tisu setiap kali selepas membuang. Ubat yang KK bagi pun rajinkan sapu tapi pastikan kawasan jahitan tu kering baru sapu guna cotton buds. Minggu pertama minta suami buatkan sebab badan sakit bila membongkok sikit walaupun bersalin normal. Minggu kedua bila badan dah rasa sihat sikit, saya guna cermin muka yang kecil untuk memudahkan proses mengelap dan menyapu ubat. So far luka sembuh dengan baik dan tiada rasa ngilu sepanjang proses penyembuhan.

VIP Member

so far pengalaman saya... anak 1st kena episiotomi tu luka sembuh lama jugak..28hari camtu..betul² sembuh sebulan lebih jgk la..klu silap makan luka tu berdenyut²... n sy mmg rajin lap bg kering guna tisu...dap² je..beranika. diri utk make sure luka tu bersih..even nurse ade bg ubat kuning utk cuci luka still kena bersihkan n keringkan betul²...kdg² bila buat sitbath terlalu awal..benang kt luar kukut tu cepat reput tapi kulut kita belum betul² baik or bercantum..tu sy risau nak buat sitbath awal²... sy berani buat bila da 2mggu camtu... masa 2nd baby, sy koyak 1st tear dgree n jahit pn xbyk sgt..sakit pun xsgt..n luka sembuh lebih kurang sebulan jugak...sy buat sitbath kdg² je...

saya pun kena gunting dan panjang jahitan, tragis sangat fikir2 balik. sebab lama sangat saya amik masa nak pulih. even lepas pantang pun benang dalam pun belum habis tanggal. duduk pun senget2. saya nak sapu ubat doc tak bagi. cuma saya betul2 jaga pergerakan, make sure basuh luka bersih dan cermat, lepas mandi lap bagi kering, lalukan udara, kerap tukar panties. almost 3 bulan baru saya rasa semua betul2 ok dan fit. suami dan family selalu bagi support cakap sabar. so sabar ja la saya mampu.haha yg penting luka makin baik

Aku bersalin 4/11/22 baru ni..jahit terbuka balik sebab lasak kluar masuk ward sebab baby kuning.jahit kali kedua dekat swasta🥺16hb/11/22 jahit..alhamdulillah harini da baik cantum helok..jalan da macam biasa☺️.sakit tu takda da cuma gatai merenyam🤭org kata kalau gatai tanda nak baik..benang pun banyak da luruh sdri.aku guna pencuci fetet sireh premium tu.luka cepat baik..and makan buah orange sebab ada vit c👍rajin² buh ubat kuning dari hospital..

sy masa jahit ada jahitan terbuka 1cm di tgh2 sbb byk bergerak . Doc suggest yg di atas . dermancy wash lepas mandi ka kencing ka cuci . sruh suami tlg cuci . pastu bg kering sapu gel tu . seminggu dua isi naik lg satu jaga makan minum sama ye.. cantik ja bekas jahitan . smpai skrg . lepas pantang sy bergerak bt kja umah mcm biasa smpai skrg . cuma sy masih jaga pantang makan minum dan bsama suami lg .

sy masa episiotmi ank first dulu, habis pantang baru betul2 sembuh, tu pun masih ada rasa ngilu. yg penting, jgn angkat berat n jgn terlalu byk berjalan. sbb masa pregnant ank kedua, sy byk dukung ank pertama n jalan2 dgn dia, rasa sakit mcm ada benda nk keluar dkt area kena gunting tu walaupun mmg dh fully sembuh.

pendapat sy 7-10hari sembuh tu ntuk org yg jahit sikittttttttttttt. klau jahitan sderhana bnyak ni rasanya 3mggu jgk kot baru nmpak luka tu cantum elok. sy pon sebulan lebih jgk la baru mcm x rasa apa.. tp hujung luka tu smpai 3 bulan masih rasa nyilu klau sentuh. kulit tggelam timbul kesan tarik benang tu.

7-10 hari tu gunting sikit je agaknya. Saya 2nd degree tear. Makan sebulan lebih jugak baru sembuh luka. Kena betul2 kering baru bagi ubat kuning tu. Saya memang tak berani nak bagi ubat selain dr ubat kuning. Saya spray je lepas lap kering.

bagi sy 7 - 10 hari luka masih segar.. sy sebulan baru sembuh sepenuhnya luar dlm tanpa sebarang sakit.. awak masih dlm pantauan anggota kesihatan jd blh pergi check di kk segera bagi mengelakkan sebarang mslh pada luka..

Soalan berkaitan

Soalan popular

Artikel Berkaitan