Stress Pantang dengan MIL

Salam , just nak share my story. Saya takda tempat nak share harap korang boleh bagi pandangan. Saya stay dengan family in law dah 2 tahun lebih , family memang treat saya baik macam anak sendiri lagi lagi mil memang baik sangat. Keluarga ni juga jenis suka gurau and menegur depan depan , membahan pun ya juga but saya easy going je. But saya jadi stress lepas bersalin and baby pula kena jaundice dah masuk 10 hari and Dr declare pro long jaundice. Dari sini la saya jadi stress menangis rasa nak mati pun ada. Btw saya bersalin czer jadi agak mencabar juga sebenarnya. Nak jadi cerita masa hari 1st - 3rd saya dan husband jaga but husband tak boleh stay lama sebab keje jauh kami dah pjj dari bulan 3. Then saya jaga baby sendiri bangun malam pagi susukan setiap 1 jam , mula bf then susukan pakai botol. But kuning baby masih range 190 > 200++ sampai ke 300++ sebab my mil suruh bagi susu kambing and saya pun minum susu kambing tu bila check kat kk terus kena admit hospital. Saya stress sangat it's actually bagus dia nak tolong turun kan kuning baby saya but lama lama kuning baby tu tak maintain turun. And my mil decide dia jaga baby malam then baby saya stay tido kat bilik dia. Dia suruh saya pump susu je berjaga malam semua tak perlu. And dia buat macam tu sebab saya tiba tiba demam bengkak susu actually saya memang ada susu but mil ni dia tambah lobak putih dalam makanan I then I makan je sebab bagus kan but lama lama breast I jadi sakit gila sampai semua urat I sakit , sumpah I nangis time ni sebab stress luka czer , demam susu , baby kuning. Then my mom tegur my mil to stop bagi I lobak putih and now alhamdulillah I dah sihat balikk lepas makan antibiotic semua. But yang I sedih my baby is still with them. Bila baby I dengan I je dia tuduh I tak kasi baby susu , kata la baby muka makin merah and kuning makin ketara. Dia kata I bf baby but babyh tak minum pun nak ngendeng je. I sumpah stress sampai I bagi susu botol I pump but still dia tuduh baby tak minum. Then botol kosong tu takkan aku pula minumm. Sedih sangat. I dah la 2 kali gugur 2nd trimester ni kira alhamdulillah my 3rd pregnancy baby lahir cukup bulan then I terpisah pula dengan baby sendiri dalam rumah yang sama but terasing sedih gila. Sampai I rasa better duduk hospital dari duduk kat rumah ni. Mil memang bab makan pakai I semua dia jaga rapi but bila dia pisahkan I dengan baby and tuduh I tak kasi baby susu macam bullshit gila. Ibu mana nak anak dia sakit. I tak kuat dengan my husband jauh, I taknak cita kat family I coz akan burukkan lagi keadaan. To me kalau kau nak sangat baby kau buat la anak sendiri beranak lagi jangan amik cucu sendiri buat macam anak dia pulak. Macam pagi tadi I dapat bawa baby I masuk bilik and I bagi susu pump semua rasa lega la juga. But my fil memang suka budak then dia dah bonding with my babyh but aku mak dia kut asal aku kena ada timing pulak nak jaga anak aku. Then my mil terus datang amikk babyh I and dia suruh I makan lunch makanan dah sedia. And now my baby stay with them. Sumpah I tak kuat , I rasa lagi best duduk hospital dari duduk kat sini. Sampai I kata harap check hospital nanti dapat admit then I get more time with my baby.

5 Balas

I understand how you feel sis. stress dengan MIL, anak jaundice and bengkak susu. I also kena benda yang sama but I cerita everything to my mother and my sister so kurang sikit stress tu. also i try slow talk with my husband to advice his mother. for me kalau susu badan banyak, better you stay with your baby so you boleh bagi susu dengan kerap macam setiap 1 atau 2 jam tak perlu topup susu formula. kalau kena bengkak susu lagi the best is bf sebab pump pon kadang2 lambat elok sebab sedutan tak sama dengan baby. first time i kena bengkak susu i try pump and tuam dengan air panas tak jalan tapi bila i kerap bf bengkk tu cepat surut. try la ask your MIL stay dengan you dalam bilik tu, biar dia tau yang you bagi susu atau better you cakap baby stay dengan you tapi kalau ada apa2 you akan panggil your MIL to help. sebenarnya dalam hal ni kita memang kena pertahankan hak kita tapi dalam masa yang sama jangan sampai jadi gaduh atau masam muka. macam i, my MIL kononnya nak tolong mandikan baby tapi dia yang kelam kabut bila baby i menangis so lepas pada tu i berkeras kata biar i yang mandikan. kadang orang tua ni dorang nak tolong sebab fikir kita tak mampu lagi2 kalau first time jaga baby. you positif je sebab kalau negatif you akan tambah stress. apa2 pon bincang elok2 ye. boleh tau baby minum susu yang pump tu guna puting kat botol atau guna syringe?

betul sis , I perasan bila bf dengan pump. bf lagi cepat surut and nak full pun lambat but now dah okay after a few days slow talk dengan mil and now baby with me bila siang and malam with my in law sebab dorang kata taknak I overtired biar dorang jaga malam. Susu pump I kasi bottle sis tak reti sringe

I think ur MIL n FIL nk u kuatkn badan dahulu kot. Bukan nk pisahkan u n baby. Sbb kn u czer, lpastu demam pula sbb bengkak susu, n baby pula kuning tinggi. Diorg nk memudahkan keje u sahaja sampai kuning baby betul2 dah turun. Kalau time u tgh bonding dgn baby, mgkn u boleh kunci pintu n buat x dgr bila diorg ketuk2 pintu. Ckp je lah u tertido sambil susukan baby. Tp u kena make sure kuning baby turun baru u boleh bonding betul2 dgn baby. Sy faham mmg stress sgt2 bila baby x ada dgn kita, tp at least u boleh rehat sepenuhnye, sembuh sepenuhnye. Baru 10 hari kan. Jgn stress2.

impact paling ketara semestinya I , I dah pernah rasa kehilangan 2 kali and I taknak rasa benda yang sama berulang lagi

for me kn dik..mil n fik da tlong jga..,mgkin dorang nk awk rehat btl2 dek,bsyukur la dik sya pun bpantang rumah mil,wktu mkn sy x teratur mcm awk, n mknn sy bkn mcm mknn org dlm pantang tau, sy ada ank 1 tahun 8 bulan n bby yg blm ckup sebulan,sy jga sndri tau dik.smpai sya rsa mcm bkn dlm pantang,tp sy x merungut sbb sy bsyukur dan positif kn diri,lebih baik ada mknn drpd xda langsung.sy pling hppy klau fil blik dia akn bwa cucu2 dia msuk bilik dorang dlm msa yg sama,sya akn dpt ber me time sndri.

faham kak , alhamdulillah dah okay sekarang . terima kasih kak atas nasihat

apa2 bagitahu mak sendiri ya . jangan pendam2 , nanti sendiri yang merana . mak kita sendiri perlu tahu , sebab kita anak dia . mana la tahu ada solution terbaik utk kita . jaga diri ya sis . semoga tabah dan kuat . ❤️

baik inshallah terima kasih sis

hye dear, btw parent u duk jauh ke? mybe boleh cuba nyatakan hasrat utk brpantang brsama parent u pula..

hi sis. you dah bole jaga diri and anak kan swbab ni bukan awal2 pantang kan. so solution skrg is, bgtau husband nak pantang dengan your fmly. cakap je your fmly pun nak merasa jaga cucu. your mom keje pun bukan 24 jam. and you pun bukan 24 jam nak monitor baby. i mean in between time your mom gi keje tu boleh uruskan diri sendiri & baby. atau kalau ada duit lebih ambik CL untuk uruskan selama 7 atau 14 hari ni. smpai emosi you stable dan anak pun dah turun kuning. tolong bincang balik dgn yr husband and yr mom. tkde istilah “taknak keruhkan keadaan”. sebab your emotion right now is matter. lagi penting. just slow talk , jangan nak pendam2 lagi meroyan nnti.

Soalan berkaitan

Soalan popular

Artikel Berkaitan