66 Balas

Salam.. Bila baca smua komen, sy rse HB mummy2 disini x laa low mne.. Tp da cukup merunsingkan.. Rupanya kes hb low sy lg terok.. Dr start buka buku pink week 12 bacaan HB sy 10.3 smpi laa skrg dh nk week 28, bacaan HB sy 8.8.. Plg teruk aritu 7.3 n terus warded GH 4hari msuk darah 1pek.. Pun sama tetap HB xnaik.. Pemakanan mmg dh mcm2.. Kerang, Jambu batu, hati lembu, buah naga, kurma, Kismis, Bayam merah, Delima, kcg kuda.. Ehh sgala mcm laa.. sy jnis decaffeinated.. Xprnh lg minum kaffein.. Susu pun x minum.. so pakar diagnosed as IDA in pregnancy.. sbb simptom pening, pitam, muntah, sembelit, jantung laju, smua tu xde.. so skrg cuma sy usahakn jgk mkn mknan yg mndtgkn zat besi sbb fkrkn baby je.. HB low blh akibatkn baby xcukup oksigen n pendarahan yg byk ktika bersalin nnt.. Mntk doa smua smoga dipermudahkn

Sy masa awal pregnancy hb tinggi. 15.1 dan keatas. Kne bising dgn doc juga sbb tinggi sngat. Obimin kne skip 2hari sekali baru mkn. Prtengahan pregnancy dlm trimester 2 bacaan hb baru okey 11-12 mcm tuh je. Trimester 3 bacaan around 13 mcm tuh Doc pun tanye sy ada makan apape ke sbb hb cantik je sepanjang pregnancy. Sy pun tktau. Mngkin mmg rezeki sy. Cuma sy ada semput teruk, ent punya case mcm tuh je. Sy mkan ubat obimin sblm tidur, mkan amway yg Cal Mag tuh, kurma sebiji setiap hari, susu kambing hi goat, buah2 semua jenis sy makan. Apple hijau setiap hari sebiji sbb pregnant mmg suka sgt apple rasa segar je 😂 Ada org ckap makan kerang, bayam, delima. Mungkin awk boleh cuba.

MAKAN ZINCOFFER TU PEROT KOSONG BERSAMA BUAH OREN.. TELAN ZINCOFFER TU DLU LEPASTU CEPAT² MAKAN BUAH OREN.. DAH HABIS BUAH..MINUM AIR MASAK.. INSHAALLAH TAK MUNTAH... DI SAMPING ITU AMBIL BUAH DELIMA PULA.. AIR MASAK MINUM BANYAK SETIAP HARI.. WLAUPON PEROT DAH KEMBONG² ATAU KERAP KE TOILET SKALI PON.. MINUM JE... INSHAALLAH BERHASIL NAIK HB AWAK..... SELAIN DARI ITU MAKANAN HARIAN.. MAKANLAH KURMA..SUSU KAMBING..SAYURAN HIJAU..CONTOH BAYAM.. JANGAN MAKAN MANIS GULA SEMUA TU..JANGAN TAU..TAK ELOK.. BANYAKKAN MINUM AIR MASAK..BUAHAN² N SAYURAN(MMG AKAN MENAIKKAN HB..PASTI YAKIN).... AMALAN HARIAN SPERTI MMBACA QURAN.. ZIKIR..ISTIGHFAR DAN SELAWAT JGN TINGGAL..

saya penah pergi jumpa pakar permakanan , sbb awal² mengandung bmi lebih . pastu doc tu tengok hb saya dia cakap tinggi hb awak 15.1 pastu saya cerita kat dia saya mmng tengah on diet doc , pastu dah mengandung sebab tu bmi lebih . pastu doc cakap patut hb awak tinggi sebab awak bnyak makan buah dan sayur ye ? saya jawab yaa sebab saya amalkan suku² separuh . cuba sis amalkan permakanan yg sihat suku² separuh . bnyak kan buah dan sayur . sebab buah dan sayur pun boleh naik kn hb . sbb doc permakanan tu lah bagi tahu saya . sebelum ni mengandung tak penah hb tnggi smpai 15 .

betul sis , bila doc cakap macam tu maksudnya cara permakanan kita dan banyakkan makan buah dan sayur . mengandung kalau makan suku² separuh pun takdak hal . kurang lah sikit berat badan nak naik bnyak kan .

saya 2x pregnant, problem sama 2'2 anak. hb low. buat mcm² x jalan. naik pun ada la secoet dua. tp boleh la dari tak naik haha. cuma apa yg saya apply kan, seminggu before appointment, avoid any type of coco (milo, chocolate, air koko, etc) & caffeine.. lepas appointment tu minum la smula lepas gian. huhu. vitamin (sy makan maltofer), doc sy suggest ambil lepas makan.. and last but not least, malam bfr appointment, & masa otw nk pg klinik pagi tu, saya bedal makan buah oren sis. potong siap² masuk bekas, tunggu nombor giliran tu kan, ha makan masa tu. mesti naik punya hehehe..

Awal kehamilan sy makan ubat 4 serangkai....hb dari 11 drop 10...sehingga kandungan brp minggu maintain jgk 10...lepas tu usia kandungan dan masuk trimister ke2 doktor tukar iberet...still maintain 10 sehingga drop 9 lebih...cuba mcm2 petua tp x berhasil....last sekali bln lepas ada seorang nurse ajar minum iberet pada waktu malam 2 jam lepas makan...air yg kita nak minum ubat ubat perah air limau kasturi....alhamdulillah hb naik sehingga 12.4 walaupun sebelah pagi kadang2 minum kafien tp hb blh naik ikhtiar air limau

Nak masuk 3 trimester dok bagi sy iberet, alhamdulillah ada kenaikan.. Sehingga last ambil drh check hb tu.. Cara sy, kalau ada minum susu.. Jarakan dari lps/Sebelum mkn nasi & mkn ubat, So kalau lps mkn ubat pula then nk minum susu.. Jarakan juga 2 jam or 1 jam setengah. Mkn Jambu batu, daging, hati ayam, ayam dan lebihkan sayur daun hijau.. Elakkan minum milo, mkn coklat.. Tapi kalau nak mkn/minum .. Boleh je mkn/minum sikit2.. Jgn setiap hari.. Dan minum juga Pati delima,..

sis zinkofer Cuba makan sebelum tidur, makan dengan sebijik buah Oren sunquick, saya pun makan zinkofer muntah teruk semua isi perut keluar. kalau tak lalu makan makan laut yang lain, makan ikan bilis goreng pun antara usaha naikkan hb. stiap makanan yang bantu naikkan hb. ada pantang larangnye. contohnye xleh makan Bersama air teh, air susu, coklat, kopi. sbb ni antara yg boleh matikan asid folic yang kita makan tu.

Wassalam..sis buka buku pink tu, ada muka surat yg ajar kita mknn apa blh tmbh darah..lain org lain kesesuaian.. mcm sy try air rebusan buah kering + maltofer.. naik la sikit.. tp sy mmg ada mslh allergic dgn iron.. smp surrender dh nk mkn apa sbb semua ubat iron dh pernah cuba tp x menjadi. Second trimester ni kdg² sbb haemodilution je.. so hb pakar kata acceptable je la..

VIP Member

Hi sis, ini yang doktor sarankan pada saya tau untuk menggelakkan HB turun semasa pregnant lagi lagi di awal trismester..saya pon macam sis juga.. doktor sarankan pada saya kalau boleh elakkan minum minuman bersusu dan berkefin sebab itu salah satu punca HB kita turun..pastu banyakkan makan buah buahan alhamdulillah saya amalkan HB saya tak pernah turun 12.2

Minuman bersusu mksud sis air yg dicampur dhn susu ya?cntoh mcm laici + susu camtu ye?

Soalan popular

Artikel Berkaitan