Tanda bersalin

Salam mommy2 semua, boleh tak share pengalaman bersalin? Saya dah 37w, saya baca post komen orang lain tapi masih keliru dgn tanda2 bersalin. Mcmana nak tahu contractions? Mcm mana tahu dah ada bukaan? Mcm mana nak tahu air ketuban dah pecah? Makin hari makin nervous saya sebab mmg taktahu apa apa. Mohon bantuan mommy semua 🥰😌 #firstmom #firsttimemom #firstbaby #ingintahu #pleasehelp

1 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

hanya nurse atau doctor je boleh check awak dh ada bukaan ke belom. dr awak sendiri nk tau mmg tak boleh. air ketuban ni mcm air kecing cuma warna dia jernih dn tak berbau. if air kencing awak boleh tahan dr keluar. air ketuban pula awak xkn boleh tahan dia. dia akan mengalir sendiri. kalau awak pernah kena sengugut kan, contraction ni lagi sakit dr sengugut. awak nk buat apa pon tak boleh serba tak kena. dn contraction betul ni 5-10min. ada juga org yg tanda dia rasa kerap nk buang air besar. tp bila p toilet xmembuang pon. ada juga org turun lendir darah.

Baca lagi