Pengalaman berharga
Salam mommy semua. Maaf sekadar nak meluah. Saya baru sahaja keguguran. Anak pertama. Sekarang baru saya faham perasaan ibu ibu yang hilang anak 🥺 Walaupun saya gugur dalam trimester pertama janin masih kecil tapi perasaan tu tak boleh nak gambarkan. Janin jatuh dekat tangan saya dah ada kepala, tulang belakang, tangan comel baru nak tumbuh. Nampak bentuk semua. Allah, sedih tak terkata. Tengok makanan yang saya mengidam sebelum ni pun boleh jadi sedih. Memang terasa lain perut ada baby dengan perut kosong. Saya redha tapi sebagai ibu, kita yang bawak dia, jadi selalu teringat. Takkan pernah lupa dia penghuni pertama rahim saya ❤️ Saya doakan semoga semua mommies yang sedang hamil sekarang dimudahkan urusan dan selamat hingga tiba waktunya melahirkan. #firstmom #firstbaby