HOSPITAL BAG

salam mommy , ada tak yang free nak share list dengan saya untuk Hospital Bag BABY & MOMMY from A-Z….please help saya first time mommy. #pleasehelp #firstmom #bantusharing

1 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
TapFluencer

Jika puan dah dapat surat daftar wad dan dah dijadualkan utk induce , ni pengalaman sy: saya tanya nurse berapa lama saya perlu dan baby berada di hospital. nurse jawab ikut pada keadaan saya dan baby. baby akan masuk wad 24 jam. Max. procedure induce 3 kali = 3 hari. So 3 hari + 1 hari ( baby) = 4 hari Saya sediakan keperluan saya 3 hari, anak 1 hari. Tapi, saya daftar masuk wad Ahad pagi, discaj Jumaat tenghari. Saya bersalin czer Rabu petang, jam 5 lebih. 5 hari kat hospital. 😁 Hospital kerajaan. 1. Toileteries 2. selipar ke hospital adalah selipar sesuai di wad dan tandas. 3. telekung + sejadah 4. pad, pantiliner bagai . Saya dah kena blood show pada hari pertama slps induce. 5. tuala 6. bantal kepit kecil sbb sy selesa baring mengiring sambil kepit bantal di kaki. 7. tudung sesuai 8. baju/ seluar dalam 9. baju discaj, pakai baju masa daftar wad je. Pakai skirt longgar. Setel. tak payah penuhkan beg dgn kain batik bagai. 10. cawan, sudu, garpu, botol air, bekas makkanan bertutup. 11. makanan. (ada hospital x bg bawa makanan tak berkhasiat mcm jajan. 12. charger. 13. Pakaian anak, diapers, toileteries, kain bedung, wet tissue (klu anak masuk wad wet tissue tu beli yg besar), tisu, ) 14. nipple pad, kot susu keluar meriah sejurus bersalin. Kot tak bawa, bertompok baju dek lelehan susu tu. 15. Plastik utk pakaian kotor. tu je lah mampu nak taip. Saya bawa beg luggage besar.. Senang suami, nurse dan guard bawakan. 1 tangan je.

Baca lagi
12mo ago

Kalau mcm tu, call dulu pihak wad bersalin nanti.