Tanda Bersalin

Salam mommies, sekarang saya mengandung anak kedua. Ada tak dekat sini pengalaman mommies yang dah bersalin dulu takda turun tanda lendir darah/pecah air ketuban. Tapi contraction kerap every 5-7 minutes?#advicemommies

8 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Nurse: “Dr Imelda, patient ada fetal distress. Nak prepare untuk Caesarean ke Dr Imelda?” ———————————————————————— Saya jawab, nanti dulu naaaaa.... Saya kata saya nak datang tengok patient dulu. Saya nak tengok CTG sendiri dulu. Saya nak buat penilaian dan pemeriksaan patient dulu. Ada sebabnya nurse-nurse tidak dibenarkan membuat apa-apa keputusan tentang pembedahan. Tugas nurse ialah memanggil doktor jika ada masalah. Jururawat masyarakat atau bidan bertauliah hanya boleh mengendalikan proses Labour yang tiada masalah. Bila ada masalah, SOP nya ialah mereka mesti panggil doktor datang, tidak kira doktor lelaki atau doktor perempuan. Tugas doktor ialah membuat peniliaian, pemeriksaan dan membuat keputusan apa nak buat untuk patient ini. Bila saya sampai, saya dapati ibu ini meraung-raung sakit meminta epidural. Rahim ibu ini mengeras terlalu kuat dan terlalu kerap, sebab inilah ibu ini menangis terlalu sakit. Jika kita lihat CTG ini, bahagian bawah dalam warna hitam ialah berapa kerapnya rahim ibu mengeras. Bila rahim ibu mengeras dan ibu rasa sakit, inilah dinamakan ‘contraction’. Kita boleh lihat contractionnya sampai 6 kali dalam 10 minit. Bila contraction melebihi 5 kali dalam 10 minit, inilah dinamakan tachysystole, iaitu terlalu banyak contraction. Ada janin yang boleh tahan tachysystole tetapi ada janin yang tak boleh tahan. Bila janin boleh bertahan, kita panggil tachysystole saja. Bila janin tak boleh bertahan dan kita lihat kesan yang negatif kepada denyutan jantung janin, kita panggil ini ‘Hyperstimulation’. Sebab itulah sangat penting kita membuat CTG bila ibu dalam proses nak bersalin supaya kita boleh pantau A) Contraction ibu B)Denyutan jantung janin di dalam kandungan Apa yang saya lihat ialah janin ini tak tahan. Ada masalah yang Nurse kata fetal distress. Denyutan jantung janin ini (di bahagian atas yang berwarna merah) jatuh selepas contraction rahim ibu. Inilah yang dinamakan fetal heart DECELERATION. Di antara contraction rahim ibu, kita lihat deceleration mula pulih sebentar saja. Selepas lagi satu contraction, ada lagi deceleration. Saya tahu janin ini stress dan tidak tahan contraction yang bertubi-tubi dan bertalu-talu seperti ini. Jangan biarkan. ———————————————————————- Apa saya buat? Setelah membuat penilaian CTG, saya buat pemeriksaan ibu. Saya buat vaginal examination untuk mengetahui ibu ni dah dekat nak bersalin atau tidak. Kalau sudah fully dilated atau bukaan penuh, boleh lah saya bantu mempercepatkan proses bersalin dengan bantuan vacuum atau forceps. Sebabnya kita mesti mempercepatkan proses ibu meneran melalui bantuan vacuum atau forceps ialah kita tak mahu janin ini distress lama-lama. Kalau dibiarkan lama-lama, boleh menyebabkan janin ini dilahirkan dalam keadaan lemas, boleh dapat sawan, boleh dapat kecederaan otak yang kekal dan boleh meninggal dunia, akibat kekurangan pengaliran oksigen kepada otak janin sebelum dilahirkan. ———————————————————————— Apakah sebabnya janin boleh dapat fetal distress jika rahim ibu mengeras terlalu kuat atau terlalu kerap? Sebabnya ialah semasa contraction yang normal, selama 60 saat, pengaliran darah beroksigen dari ibu ke arah uri placenta akan dikurangkan sebanyak 70%. Di antara contraction, pengaliran darah beroksigen dari uterine artery ibu ke arah uri placenta akan pulih seperti sediakala. Inilah proses yang normal semasa labour. Kebanyakan janin boleh bertahan semasa 12 jam Labour, sebab ada pemulihan yang baik di antara contraction selama dua atau tiga minit di mana janin mendapat oksigen yang cukup dari darah ibu melalui uri placenta. ——————————————————————— Siapakah janin yang tak tahan contraction dan dapat fetal distress? 1) Janin yang contraction ibu terlalu kerap melebihi 5 kali dalam 10 minit dan tidak dapat cukup pemulihan pengaliran oksigen di antara contraction sebelum lagi satu contraction datang. Inilah dinamakan fetal distress yang disebabkan oleh hyperstimulation seperti yang dilihat dalam kes ini. 2) Janin yang contraction ibu terlalu lama sehingga melebihi 2 minit. Inilah dinamakan hypertonus uterus. 3) Janin yang memang ada masalah uri placenta yang tidak berfungsi dengan sempurna dan sudah ada masalah pembesaran sebelum Labour bermula. Janin ini mesti dipantau dengan lebih teliti semasa Labour dan saya nasihatkan ibu terima pantauan CTG dari awal Labour sebab ada lebih risiko pembedahan Caesarean Section jika ada fetal distress. Ada beberapa sebab lain yang saya tak huraikan disini sebab nanti anda kena baca terlalu panjang, termasuklah choriamninitis, cord prolapse, placental abruption. Jadi saya tak focus sebab-sebab lain di sini. Anda boleh baca posting saya yang lain berkenaan ini. ———————————————————————- Apa yang saya selalu nasihatkan kepada nurse-nurse, bidan bertauliah dan doktor junior yang masih belajar? Jangan kata fetal distress itu sebab ada talipusat membelit leher janin. Pada hakikatnya kebanyakan fetal distress ialah sebab placental insufficiency sebelum Labour bermula lagi. Placental insufficiency ialah dimana fungsi placenta tidak sempurna dan tidak membekalkan keperluan janin dengan secukup-cukupnya. Ini bukan masalah apa ibu hamil itu makan tetapi masalah fungsi uri placenta. Satu cara memantau jika ada placental insufficiency ialah memantau kecergasan Pergerakan Janin, memantau pembesaran janin di dalam kandungan dan berapa banyak air ketuban di dalam kandungan. Saya sudah menyambut kelahiran beribu-ribu Bayi Sihat yang ada talipusat membelit leher tetapi tak ada pun fetal distress. Jika anda semua pernah lihat dan potong talipusat, anda akan tahu ia sangat liat dan susah nak dipotong, ia bukan senang-senang nak dikempiskan untuk menghentikan pengaliran darah di dalam talipusat walaupun ia membelit-belit badan dan leher janin di dalam kandungan. Janin di dalam kandungan tu tak perlu bernafas sendiri, jadi tak kisah lah talipusat itu nak membelit lehernya atau tangannya atau badannya, selagi tiada gangguan pengaliran darah beroksigen ke uri placenta dan dalam talipusat kepada janin di dalam kandungan. Maka selagi CTG itu menunjukkan denyutan jantung janin yang normal, saya tak kisah pun jika talipusat membelit leher janin dan tak perlu mencari dalam ultrasound scan jika ada talipusat membelit leher janin, sebab terlalu ramai bayi sihat yang sudah dilahirkan dengan talipusat membelit lehernya tanpa apa-apa masalah. Hanya ramai orang yang tak faham tentang sebab fetal distress akan kata kepada anda bila nampak talipusat membelit leher bayi yang dilahirkan, mereka terlalu cepat membuat andaian yang inilah sebabnya fetal distress atau kematian bayi. Sedangkan ramai lagi bayi sihat yang dilahirkan tanpa masalah juga ada talipusat yang membelit lehernya. Selepas bersalin, barulah bayi perlu bernafas untuk mendapatkan oksigen sendiri dan tidak perlu lagi bergantung kepada pengaliran darah beroksigen dari ibu ke uri placenta dan dari uri placenta melalui talipusat kepada janin. Selepas bersalin, barulah kita cepat-cepat melepaskan talipusat yang membelit leher bayi, sebab sekarang selepas bersalin barulah bayi perlu bernafas. ———————————————————————- Apakah nasihat yang saya selalu beritahu ibu hamil yang saya jumpa di klinik sebelum nak bersalin? Saya beri kelas antenatal nak bersalin sebelum mereka bersalin. Saya selalu beritahu ibu yang akan bersalin buat kali pertama, bahawa Labour selama 12 jam adalah satu perkara yang normal untuk ibu yang nak bersalin buat kali yang pertama. Tetapi jika bersalin lebih laju dari itu, itu dikira bonus, tetapi apakah kebiasaannya ialah proses Labour selama 12 jam, dan apakah yang kebiasaannya ialah contraction akan berlaku setiap 3 minit. Jadi, apa yang normal ialah contraction 3 hingga 4 kali setiap 10 minit, dan Labour yang mengambil masa selama 12 jam untuk ibu kali yang pertama. Saya tak mahu ibu-ibu bimbang, inilah proses yang normal. Jangan sesekali membeli Produk-Produk herba atau air akar kayu, atau air selusuh yang dibuat dari rendaman akar kayu fatimah yang dikatakan boleh mempercepatkan bersalin, sebab ini sangat bahaya untuk kedua-dua ibu dan janin di dalam kandungan. Kenapakah ia merbahaya? Sebabnya ialah anda tak tahu apa yang diberikan kepada anda itu ialah dos yang selamat. Jika contraction menjadi terlalu kuat dan janin mengalami fetal distress, kita perlu melahirkan janin dengan cepat melalui vacuum atau forceps atau melalui pembedahan Caesar secara kecemasan sekiranya belum lagi mencapai bukaan yang penuh, untuk menyelamatkan nyawa bayi. ——————————————————————— Untuk kes ini apa yang saya buat? Untuk kes ini, saya buat pemeriksaan vagina dan saya dapati bukaan pangkal rahim baru saja 2cm. Saya memang pun sudah tahu janin di dalam kandungan TIADA placental insufficiency sebab memang saya sendiri sudah pantau pembesaran janin ini melalui ultrasound scan dan fungsi placenta ini sudah lulus semua kriteria fungsi placenta yang normal dalam penilaian antenatal saya sebelum ibu ini mula proses Labour. Di sini masalah fetal distress bukan sebab placental insufficiency tetapi hyperstimulation of uterus. Jadi saya nasihatkan ibu ini menerima satu ubat suntikan terbutaline yang kajian perubatan telah pun membuktikan ianya berkesan mengurangkan contraction yang terlalu kerap. Saya beritahu ibu, ada sedikit kesan sampingan, iaitu ibu mungkin rasa panas badan sedikit yang sementara saja, mungkin rasa denyutan nadi jantung ibu bertambah laju sedikit buat sementara saja. Saya berilah suntikan itu kepada ibu pada pukul 1610pm, dan kita lihat dalam CTG, ia berkesan dengan cepat. Contraction ibu dalam warna hitam itu berkurangan dan jarak di antara contraction menjadi TIGA MINIT. Dengan serta merta denyutan jantung janin dalam warna merah itu PULIH dan tiada lagi deceleration. Kita juga lihat sedikit saja kesan sampingan kepada ibu denyutan jantung ibu yang berwarna pink, dimana ia menjadi lebih tinggi dan bertambah laju sedikit, tetapi ibu tidak pun merasa kesan ini dan tiada symptom. Saya beri kaunseling kepada ibu, cukuplah contraction setiap 3 minit. Nak bersalin laju-laju sangat buat apa. Ibu ini bersalin 6 jam kemudian, pada pukul 10 malam. Bayi ini dilahirkan normal dengan sihat. Ibu dapat epidural yang diminta. Dapat lahirkan bayi secara normal dan tanpa apa-apa koyakan sebab saya beri nasihat supaya slow and steady saja. Kesimpulannya: Tidak semua fetal distress perlu pembedahan Caesar. Doktor perlu membuat vaginal examination dulu untuk membuat keputusan yang terbaik untuk ibu dan bayi. Tidak semua masalah ialah sebab talipusat membelit leher bayi. Dengar saja nasihat doktor. Jangan beli ubat-ubat dari makcik bawang. TAK apa lah, tak payah bersalin laju-laju sangat naaaaa, selagi selamat kaaaannnn. Sebab inilah saya selalu balik rumah lambat-lambat dan selalu saja tak cukup tidur.

Baca lagi

Saye first mom, mase saye nak bersalin memang takde tanda dan saye overdue. Yang saye rase mase nak bersalin contraction je. Darah turun pun sebab banyak kali check bukaan. Air ketuban pun kat lr baru dipecahkan. Sehari sebelum bersalin memang tak selese, perut macam rase senggugut, tapi masih boleh tahan lagi, kerap jugak laa, dalam 10 - 15 minit. Kekadang lame siket. Tapi sebab da tak tahan saye terus je pegi pac malam tuh and da ade bukaan, lepas pukul 12 malam warded bukaan makin lame makin banyak, pastuh contraction da tahap dewa 🥲

Baca lagi
3mo ago

Pukul 12 malam warded, pukul 12 tengahari bersalin, esok pagi discharged. Kalau awak rase macam tak sedap hati boleh je pegi pac, nanti die check. Kalau takde pape die suruh balek dulu. Hahaha sebenarnye saye pegi pac sebab tarikh saye bersalin tuh tarikh saye serah diri, saye taknak induce, jadinye saye tawakal malam tuh pegi, alhamdulillah ade bukaan. Seriau fikir nak kene induce. Mase malamtuh pun doc ade suruh saye balek sebab bukaan baru 1cm. Tapi saye cakap esok memang da kene serah diri, tuh die terus masukkan ward je. Pastuh die ade cakap jugak kalau takde progress akan induce, nasib baik lagi sekali pukul 3 pagi da 3cm. Tapi pape pun kalau awak ragu2 pegi je pac.

me. sy 1st baby sehari before bersalin turun lendir darah. tp esok tu baru bersalin. ada contraction dgn air ketuban leaking. yg 2nd xde tanda pape. cuma ada contraction kerap. start rasa sakit pkol 3.30pm boleh tahan sampai pkol 5.00pm. sy drive pergi hospital sbb sakit dekat office😅. pergi hospital 4cm dh. masa tggu nak masok labour room baru air ketuban pecah. masok labour room doctor terus bg push. sbb bukaan dh penuh😅

Baca lagi
3mo ago

xpe awak. berat baby yg discan ni ada plus minus. samaada baby keluar besar dr yg discan atau kecik dr yg discan. sy masa scan before nk bersalin berat baby 3.3kg awak. masa bersalin tu mmg terkjot bila doctor bgtau berat baby berapa😅😅. haha. sy xtya baby okay x. sy tya koyak byk x. sbb sy trauma masa yg 1st sy kena 2nd degree tear. sy bersalin masa 39w4d awak. sy mcm awak juga risau sbb baby seronok xnk keluar. last tu lunch time dkt office sy joke dkt opis mate ckp cuba pujuk baby pula. kot dia mau keluar dkt tgn aunty. sekali 3lebih tu rasa sakit😂😂. padahal sebelom2 tu sy buat mcm2 dh awak. xjln inn shaa allah, semoga semuanya baik2 dan baby cepat2 keluar❤️

saya overdue 3 hari 😌 pagi sakit senggugut pastu makin lame contraction makin menjadi,malam baru kelua lendir..otw ke hospital,dang lagi cek kat rumah dah ada garis darah pada lendir..baru nak kelua rumah rase macam air terjun pecah nye air ketuban..sampai hospital bila nak seluk jalan bukan selua dalam habis berdarah sampaikan tak rase sebab sakit sangat

Baca lagi

6 Dari 7 anak xde kuar tande ape2..just mengeras perut..biasa klau kerap mengeras bile dah ke klinik bukaan dah buka 4cm..plg mudah ank no 3 ngn no 6..sampai spital 5cm..perut cume mild pain biasa..klau ank no 6 tu masuk 7cm baru dtg contraction lepas doc pecah ketuban stengah jam dlm lb bersalin x dan doc pakai glove sebelah

Baca lagi
3mo ago

dah blh g cek ve d klinik sis

anak first dan second takda turun lendir darah/pecah air ketuban.. just sakit contraction. 38weeks2days.., bila contraction dah kerap sgt selang 5 minutes trus pergi hospital... tapi lagi bagus bila dah ade contraction tu terus pergi hospital jgn tunggu lagi..

wasalm..sy xde tanda, hanya contraction kuat..hospital dekat, dlm 20min, klau dh kerap bawah 5min dh bole ke hospital..smpai2 doc cek dh 4cm dn bantu pecahkan ketumban, tak smpai 30min dh buka 10cm trs push..alhamdulillah

3mo ago

tiade hanya contraction kuat sj..

Contraction ialah salah satu tanda bersalin juga sis.