ibu hamil wajib berpuasa, boleh cuba dahulu. kalau rasa tak boleh teruskan berpuasa, boleh berbuka. jangan tahan2 sampai rasa memudaratkan diri. know your body better. apa apa pun bergantung pada keadaan awak juga. minta saranan doc jika awak ada risiko apa apa spt gdm, darah tinggi dll. kebiasaannya yang berisiko tak digalakkan berpuasa. sama juga kalau masa tu awak berada dalam keadaan morning sickness/muntah2. pengalaman saya sendiri, saya ada alah yang teruk/muntah, saya memang tidak mampu untuk berpuasa. pernah cuba, tapi jadi lagi teruk. boleh ganti dan bayar fidyah. tips yang saya pernah baca: 1) lewatkan sahur, cth 15min sebelum azan subuh. makan makanan yang seimbang dan bernutrisi. air kosong mencukupi. 2) berbuka berpada pada. ibu hamil mudah untuk kena pedih ulu hati. elakkan makan terlalu kenyang makan sikit2 tapi kerap. 3) malam boleh makan snek/kudap kudapan yang sihat. kekacang, kurma, buah, salad. hopefully comment saya membantu. betulkan saya jika salah ye. 😊
sy ni start dari 2021 lg x puasa sbb pregnant dan bf. ni 2024 tgh pregnant confirm xleh puasa sbb sy ada gastrik ketika pregnant.
Anonymous