Macam mana nak buat anak suka pukul orang. 1 tahun 4 bulan

Salam. Mcm mna ye nk buat kalau ank suka pukul budak lain ? Umurnya 1 tahun 4 bulan perempuan. Jnis kasar. Ceritanya haritu pergi rumah mak sedara. Ank mak sedara tu 3 tahun bdn jnis kurus tinggi berat 10.5kg. dh la bdn dia kecik.ank sy tampar kepala budak tu . Banyak kali sy marah tetap buat. Sy tarik ank jgn buat. Tk lma pstu buat lg.Buat pstu gelak senyum. Sy takut la ank jd pembuli.tak suka 😭 kt rmh pun mmng dia suka tampar. Sekali dia tmpar sakit kot. Dia suka tmpar berkali. Klau kita mrh buat juga mcm seronok gelak2. Ada cara tk supaya dia tk tampar org#SeriusTanya #bantujawab #firstmom

9 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Kena tengok sekeliling anak. Anak belajar memukul daripada siapa? Kalau boleh jauhkan anak daripada persekitaran yang begitu. Let say parents pernah bergaduh depan anak, tinggalkan sikap begitu. Depan anak be professional. Belakang anak boleh sambung tarik muka, gaduh2 gitu. Kalau saya tak boleh nak jauhkan anak daripada persekitaran begitu sebab hantar anak rumah pengasuh. Anak (2y++) saya belajar pukul, cubit daripada rakan sebaya dia. Sedangkan saya & husband tak pernah lays our finger on her. Jadi kami la yang kena bentuk dan tegur anak. Kami sit eye to eye dengan anak. Demo & explain dengan cara baik. Tak marah atau melenting. Hari2 kami pesan. Anak bila tengok kita marah atau kita tunjuk reaksi yang bagi mereka kita ni exaggerate, percaya lah diorang lagi suka. Tu yang kadang bila kita marah berkali-kali dia buat. Parents kena banyak bersabar. Bagi anak masa sebab anak pun masih lagi dalam fasa untuk belajar regulate emosi mereka. Mereka pun tak tahu lagi apa maksud 'why I can't do this?' 'why mommy is getting angry?' 'what is angry?', dan banyak lagi. Alhamdulillah anak saya dah okay. All the best mommy🌹

Baca lagi
5mo ago

Sama-sama. InshaAllah boleh mommy. Usia anak begitu masih boleh di didik.

VIP Member

Anak sye pun sme pukul sepupu dia.. sye dh ckp no no. last2 sye tepuk tangan dia.. lepas tu keluar ig parenting budak usia cmni dia excited dpt gerak tangan cenggitu cenggini kite kene ajar la tangan Ni Allah bg gune untuk ape.. video tu cakap kalau Anak pukul kite kene peluk Anak kite..tenang kan Anak kite.. lepas tu amik tangan Anak kite letak kat tmpt dia pukul sepupu cakap sayang kawan/adik .. sebab MCM sye dlu sye tepuk tangan dia tu Salah..Nasib baik video tu lalu selepas kejadian..DPT juga info. sekrg dia 2y8m xbuat dh.. . imagine la Anak sye 20kg time 2y.. sepupu dia beza 3 bln baru 8kg.. Anak sye hentam..sye takut riuk tulang mmbe.. kalau Jalan tu Anak sye langgar je sepupu dia. Sabo je la..

Baca lagi
5mo ago

aah awak skrg 25kg.. pening Beli baju untuk dia...kalau online kene amik size 140 150. byk baju comel2 dia xdpt pakai..xde size huhu

Kalau nampak dia buat lagi, tarik tangan dia, cakap takboleh buat macam tu, pukul tu salah. Tunjuk cara yang betul, kalau nak pegang, kena buat atau usap dengan lembut. Takboleh pukul. Anak saya umur macam ni pun sama, time saya bangun tidur, dia lepuk je muka saya. Dia ingat pukul2 tu cara dia bermain. Setiap kali dia buat, saya cakap macamtu. Sekarang dah 2y8m, takde pukul2. Nak kata pengaruh dari konten yang dia pernah tengok, atau dari kami family sendiri, wallahualam. Saya dan suami tak pernah tunjuk macam tu. Screentime dia pun saya tapis, dan dia jarang sgt tengok.

Baca lagi

anak ade tgk fone tak? if ada cuba check balik cerita apa yg die tengok ? if sis rasa xsesuai trus je blok channel tu. mcm sya, dlu anak sye suka jugak gigit n cubit2 kita & adik dia , lpstu sye "denda" dia ( suruh dia menghadap dinding dlm 5-10minit). dia nangis mengamok ke ckp dkt dia jgn gerak. lps dh hbis timing tu, sye panggil dia n peluk dia. bgthu kenapa tak boleh itu ini. alhamdulillah cara ni berkesan dkt anak saya. sekarang dah xbuat sangat. kalau die buat, sye sebut je denda terus dia takut. jarang sgt dh buat.

Baca lagi
5mo ago

blh bg tgk tv sis tp cari cerita khas untk budak2 mcm bing, blippi, ms rachel, didi n friends, omar hana etc

Jgn putus asa keep bagitau yg apa dia buat tu tak betul, ckp 'sakit pukul2 ni' kalau marah ke apa, tunjuk cara yg betul utk lpskan marah. Macam ank sy dia suka gigit org, nak2 klo org cari pasal dgn dia. Hari2 pesan, tunjuk cara yg betul utk lpskan emosi baru la berkurang bad behavior tu. Sbb usia cmne dia tgh belajar kenal emosi.

Baca lagi

saya sis kalo anak saya nakal sangat,Smpai tahap marah pon x jalan.saya akan kepit dia..kira Smpai 10 slow2..mula2 dia meronta lama2 dia akan cool down..lepas dah buat camtu duduk ngadap anak pandang tepat mata dia then kita tegur nasihat apa akibat kalo dia buat orng.. Alhamdulillah setakat ni Allah mudahkan

Baca lagi

Kdg perangai ngan watak anak ni ikut nama yg diberi, saya ada baca ustaz kt tiktok kata macam tu,sebab tu kena pilih nama yg baik2,elok biar maksud nama jadi sebaik nama mereka,kita pun pelik kdg dtg mana perangai anak gitu,rupanya dari nama.

takut nya anak saya jadi degil juga, anak saya baru 3 bulan tapi masa berlalu pantas kan tahu tahu nanti mesti dia dah besar juga😔 tak kuat pula bila fikir balik macam mana nak mengajar dorang ni nanti

Anak Saya xberani nk bergaul dgn sepupu dia bila balik umah mertua. Walaupun umur sebaya 2 tahun. Sepupu2 dia suka cekik n pukul. Anak Saya lagi suka main sorang2..