suka meniarap

Salam komuniti, saya ingin bertanya bagaimana nak handle baby yang sentiasa mahu meniarap…? baby saya 3 bulan lebih. dua tiga hari ni, pantang letak atas playmat or katil dia akan meniarap saja..kadang2 beriba pun dia berusaha nak bergolek supaya boleh meniarap 🥲 nak tukar pampers pun bersilat dulu la…dah try tarik perhatian dia dengan mainan…tp dia tetap nak meniarap..kadang2 letak dalam cradle, sama ada buaian kain or crib cradle tu pun dia still nak meniarap.. paling haru & risau adalah time tidur…bila terjaga dia terus akan tiarapkan badan dia…lgi 1 dia dah xnak tidur sorg2, dia nak tidur sambil menyusu..saya risau & paranoid dengan isu SIDS…saya harap baby saya okay2 saja…tpi tu la risau…takut tiba2 saya terlena sampai x sedar ke bila dah kepenatan… macamana nak tarik perhatian dia dari sentiasa meniarap selain daripada mainan..sbb mainan x jalan #firstbaby #seriusnanya #ingintahu

1 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

selalunya gitu dia mmg tgh fasa nak praktis skill baru tu yg asyik nak meniarap. baby saya pun gitu. kadang dari tidur boleh terjaga sbb dah meniarap tp takleh pusing balik pstu nangis sbb ngntuk 😅 jadi fasa camni mmg kena sentiasa alert kalau time malam. masa siang, biarkan je dia praktis meniarap banyak sampai dia penat. nanti bila dia rasa dah pandai, takde dah nak buat camtu. layankan je perangai dia nii. asalkan kita kena extra aware lah. mmg penat sikit la bila fasa dia gitu

Baca lagi