Mohon motivasi dan doa para mommies

Salam jumaat mommies , sedikit perkongsian. Saya dah kahwin almost 1 tahun dan tengah pregnant 8 weeks. Orang selalu cakap kalau nak rezeki lebih kawen , tapi lately dah 3 bulan saya dan suami diuji dengan isu kewangan yang teruk. Suami pula diberhentikan kerja. Saya pun bekerja tapi biasa2 sahaja cukup makan kami berdua. Saya tak nak stress sebab saya mengandung. Mohon motivasi dan doa2 daripada para mommies yang juga ada malaikat kecil. Thank you kerana sudi baca postingan saya. #firstbaby #firstmom #bantusharing

28 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

saya pon alami macam awak , mula2 rasa down sangat . . saya dan suami both bisnes .. boleh dikatakan kewangan kami agak kukuh dan suami cadangkan saya beranak di hospital swasta siap dah buka buku di swasta lagi . Tiba kami diuji , saya alahan teruk mmg satu kerja pon xboleh buat , kena warded sebab air ketuban leaking . Banyak project kami kena hold yang kena refund pon ada . Ada masalah dtg dari kerja suami , kena guna banyak duit . Dari duit simpanan kami ada berpuluh ribu tinggal sikit je . Saya nak beranak pon barang kena beli catu catu . Kami dari T20 turun mendadak sampai negatif dalam masa beberapa bulan je . Hinggakan nak beranak dekat swasta pon xmampu . Nak cakap saya down , bukan setakat down tapi saya anciety rasa useless rasa berat sangat ujian ni . Tapi tiap kali saya down , suami ingatkan saya tentang rezeki . Kita doa minta Allah uruskan hidup kita rezeki kita . Alhamdulillah walaupun duit kami berkurang tapi Allah rezekikan kebahagian anak , dimana kita x dpt nak beli anak . Kurniaan Allah paling besar . Saya tak rasa Allah tarik rezeki saya , tapi Allah sebenranya bagi rezeki yang sangat besar buat kami ☺️. Yakin dan tawakal dengan Allah . Allah sebaik baik perancang . Jangan stress2 kesian baby nanti

Baca lagi
2y ago

Allahuakbar , terima kasih sis sudi berkongsi pengalaman sis. Bukak mata saya untuk sedar konsep rezeki ni bukan semata duit sahaja. Tqvm 🌹