Mohon motivasi dan doa para mommies

Salam jumaat mommies , sedikit perkongsian. Saya dah kahwin almost 1 tahun dan tengah pregnant 8 weeks. Orang selalu cakap kalau nak rezeki lebih kawen , tapi lately dah 3 bulan saya dan suami diuji dengan isu kewangan yang teruk. Suami pula diberhentikan kerja. Saya pun bekerja tapi biasa2 sahaja cukup makan kami berdua. Saya tak nak stress sebab saya mengandung. Mohon motivasi dan doa2 daripada para mommies yang juga ada malaikat kecil. Thank you kerana sudi baca postingan saya. #firstbaby #firstmom #bantusharing

28 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
TapFluencer

Salam. Rezeki boleh jadi pelbagai bentuk. Sebab tu bila berkahwin kena ukur baju di badan sendiri. Kita dah tak hidup berseorangan. Tapi saya nak tekankan selalu percaya rezeki Allah akan bagi tu ada dan terus meminta daripada Dia. Sebab Dia memang suka kita ingat pada Dia. Saya pula pernah diuji dari segi lain. Tapi yang perlu kita terus berusaha dan bersyukur. Enjoy moment sis hamil. In sya Allah dipermudah urusan. Boleh cuba dapatkan bantuan kewangan dari baitulmal ke atau pusat zakat. Tapi pada masa yang sama mungkin boleh cuba buat online business ke. Moga dipermudah urusan.

Baca lagi