Mohon motivasi dan doa para mommies

Salam jumaat mommies , sedikit perkongsian. Saya dah kahwin almost 1 tahun dan tengah pregnant 8 weeks. Orang selalu cakap kalau nak rezeki lebih kawen , tapi lately dah 3 bulan saya dan suami diuji dengan isu kewangan yang teruk. Suami pula diberhentikan kerja. Saya pun bekerja tapi biasa2 sahaja cukup makan kami berdua. Saya tak nak stress sebab saya mengandung. Mohon motivasi dan doa2 daripada para mommies yang juga ada malaikat kecil. Thank you kerana sudi baca postingan saya. #firstbaby #firstmom #bantusharing

28 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Masa sy awal pregnant pun kami diuji suami kena berhenti kerja. Memang rasa macam tak cukup duit sebab komitmen banyak. Sy pulak tak kerja. Simpanan dari 20k susut sampai tak sampai 1k. Lama husband tak dapat kerja tapi kami usaha mana yg mampu. Jual kuih online. Alhamdulillah Allah cukupkan semuanya. Sekarang suami dah dapat kerja. Tak lama lagi baby pun nak keluar. Semua ujian ni kita mampu lalui. Yakin selalu, bergantung harap sepenuhnya pada Allah. Usaha selagi mampu sis. Semoga dipermudahkan urusan awak

Baca lagi
2y ago

Aamiin3 , semoga yang baik2 jugak berbalik kepada puan ya.