Masuk laboor room dan bilik private
Salam ibu2 yg dah bersalin. Saya nak tanya kalau nak bersalin dekat hospital kerajaan nak mintak suami teman masuk ke labour room kena mintak surat doktor ke? Sebab hospital pulau pinang rasanya suami tak boleh teman bersalin.. dan kalau nak mintak bilik private kena booking ke macam mana. Maaf bertanya jangan kecam ye..
bergantung pd sop hospital. klu dia kata xboleh, memang xboleh. suami tunggu luar sahaja. Sy bersalin pun suami xblh teman, redha saja yg penting ibu dan bby selamat. ada sesetengah hsptl kerajaan benarkan tp ada syarat kena attend kursus peneman dan wajib complete vaksin. hospital kerajaan xde bilik private, yg ada cuma pakej FPP tp tak semua hsptl ada. kena book seawal 24w, ada down payment.
Baca lagiDepend pada gov hosp. Teluk intan perak hosp tak boleh, pilih ward pun tak boleh dicampak je mana kita sesuka hati, req nak wad single kita pula kena marah🫠
Depends ikut hospital, cuba tanya dekat kk ada khusus peneman bersalin tak? Kalau ada boleh lah daftar awal2 utk masuk ke khusus tu
rsa ikut hos. sya bersalin anak ke2 taon 2019 dekat Hkl baru tu, suami boleh teman dri mula2 labour room smpai la dh bersalin
oh terima kasih mybe sebab covid lg kot ye
sy bru call smlm hosp penang.mmg xboleh..awak nk bsalin mana?
booking tu sy xpasti..mcm kita boleh ke nk pilih bilik kelas apa kan...tp penang island skrg bgnan baru .harapnya selesa laaa.