makanan baby
salam ibu2 nak tanya ibu2 yang berpengalaman , anak saya lagi 12 hari nak masuk 6 bulan . makanan apa yg sesuai untuk saya bagi baby makan ya ? kalau buah2 pisang saya lenyek masuk dalam puting buah boleh tak ye ? saya first mum banyak kena belajar 🥰 mohon ibu2 bantu ya 🥺 #ingintahu #pleasehelp #firstbaby #firstmom #bantusharing
actually klo sis rujuk bhg pemakanan dlm buku kkia ank tu pon ada cth menu bby ikut umur. ni tak wajib tapi sis boleh buat 2/3/4 days rule utk check klo bby sis ada alergi dengan certain makanan. sis kena alert & record ya if ada. sy bagi cth menu: 4 hari pertama: bubur nasi kosong. boleh campur susu ibu/fm sikit. & titiskan minyak kelapa sawit/extra virgin olive oil (evoo). boleh guna beras biasa kita makan, tak semestinya beras sumo. (jika pass) 4 hari kedua: bubur nasi+sayur bayam (jika pass) 4 hari ketiga: bubur nasi+carrot (jika pass) 4 hari keempat: bubur nasi+sayur bayam+ayam (intro 1 jenis protein) 4 hari kelima: bubur nasi+carrot+ayam. snack time: puree buah naga (buah lembut boleh dilecek atau makan guna fruit feeder. buah yg keras harus distim terlebih dahulu sebelum dilecek/puree) nurse kk dulu pesan protein seeloknya intro waktu minggu ke-3 or at least awal 7 bulan dah makan menu lengkap. galakkan bby minum air masak start umur 6 bulan. awal2 sis boleh buat 1-2x masa makanan utama. kemudian, ubah ke 3x masa makanan utama, 2x snack time. jadual masa makan tu bergantung kepada jadual sis ya. waktu umur 7 bulan ke atas juga sis dah boleh slowly ubah texture/kepekatan makanan bby & intro finger food utk galakkan bby pegang makanan sendiri. sambil2 tu sis still boleh suap bby makan. ada bby bila awal2 start makan ni makan banyak, ada bby makan 2, 3 suap je. itu normal, jgn risau sbb bby dlm fasa pengenalan makanan. bawah 1 tahun tetap susu ibu/fm makanan utama. *cheese, unsalted butter, santan, susu fullcream boleh intro dlm masakan pada umur 8 bulan ke atas. (search cara kenalkan protein telur dlm makanan bby) *madu boleh intro pada umur 1 tahun ke atas shj. (search risiko botulism/botulisme) *susu fullcream/freshmilk minum direct intro pada umur 1 tahun ke atas shj. setiap kali kenalkan makanan baru jangan lupa utk buat 2/3/4 days rule. selamat mencuba!
Baca lagiBuat 3/4 days Rules dulu. Buat bubur kosong+virgin olive oil. Da pass baru tambah sayur then da pass jgk tambah ayam. Try setiap 3/4 days untuk tau allergic reaction dia. Nnty awak boleh detect apa dia boleh n xboleh mkn. Untuk buah2, awak buat puree(bagi time snacking/petang). Dah 7month nnty baru bagi texture lain. Untuk setiap makanan kena buat asing untuk tgk allergic reaction(mcm telur) asing putih n kuning(rebus) Anak saya dpat detect allergic telur,santan & jagung. Haritu ada tersalah makan(Family inlaw suap cheesecake)smpai naik bengkak muka n lidah.trauma dia Xnk mkn smpai skrg.
Baca lagifollow fb group happy baby food malaysia. dekat sana awak akan dpt byk info tentang pemakanan baby. cuba buat 4dr/3dr/2dr terlebih dahulu. walaupon benda ni tak wajib buat. atleast bila awak buat awak akan dpt detect baby awak alergik dgn makanan apa. kenalkan dgn bubur kosong dulu.
mulakan dgn bubur kosong dahulu..
Mother of 2. Monster of 3 ?