BEKAL MAKANAN BABY

Salam ibu², Macam mana ibu sediakan makanan untuk baby 6m kalau pergi bercuti 3h2m? Bg makan yg instant ke atau bawak bekal masak dr rumah? Boleh share pengalaman? Tq😘

5 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Kalau saya, saya akan tengok tempat dulu. Nak travel ke mana dan berapa hari? Kalau pergi hotel dan stay dalam 3 hari sahaja, saya tak kan bawak bahan bahan nak masak sebab agak leceh. Saya akan masak sebelum nak bertolak, bekukan dekat freezer. Lepastu bawak dalam cooler box dan nanti dah sampai hotel simpan dalam fridge. Nak makan nanti saya panaskan je. Rendam bekas dalam air panas atau microwave. Untuk dalam perjalanan, saya masak dan masukkan dalam bekas thermos. Makanan stay panas 6-7jam. Kalau balik kampung saya bawak bahan masak. Atau beli bahan dekat area sana. Tapi kalau kampung jauh, bawak bahan basah nanti dah tak elok kalau dalam kereta lama sangat & jalan jem. Depends pada berapa lama perjalanan. Sama ada bawa bahan kering je dari rumah, bahan basah beli dekat sana. Atau beli bahan dekat kampung je. Atau lagi senang beli yang Ready-To-Eat sebab banyak dah ada yang ready to eat yang healthy no sugar, no salt sekarang. Macam macam menu ada. Boleh search je. Cuma agak pricey lah bagi saya. Tapi yang ni choice paling senang kalau awak nak travel jauh, jalan jem. Sebab takde tempat nak panaskan makanan & masak.

Baca lagi

Awak, boleh search 'Oh My Baby Food'. Lubuk makanan baby yang sihat (no sugar, no salt, no preservative) . Awak search dulu then you know why 😁 Confirm rambang mata hehe. Dari pengalaman saya sendiri, saya tak pernah bagi yang instant/ready-to-eat food. Semuanya saya masak sendiri. Saya bawa processor food dengan kelengkapan makan anak. Barang kering saya bawa siap dari rumah. Saya buat by portion. Barang basah dan buah saya beli kat supermarket yang berhampiran dengan hotel. Anyways terpulang pada awak. Mana yang memudahkan untuk awak. ☺️

Baca lagi

tak pernah bg makanan instant ke rte ke, prepare siap2 kat rumah buat frozen makan berat bajet 1x makan setiap hari, bwk periuk mini guna electric je utk masak kat hotel selalunya makan kat bilik je dulu senang comot2 blh tukar baju terus xyh guna restroom luar,. bila keluar makan yg blh dpt mkn terus mcm buah naga betik tembikai ke, sayur timun ke.

Baca lagi

Masak. Kalau balik kg pun beli sayur2 atau lauk sikit utk masak. Kalau p hotel blh je bwk periuk electric yg mini tu. Lagipun 6 bulan menu simple2 aje. Tak digalakkan lah bagi yg instant.

Instant je. Tp yg produk tempatan..yg oversea selalu ada perasa jugak