11 Balas

Saya baru je lalu benda ni. Saya darah O, risiko anak kena jaundice tinggi. Anak saya hari ke 6, bacaan jaundice 225. Kami buat apa yang terdaya, kalau nak cuba, boleh cuba. Waullahualam, semoga bermanfaat. Tapi pastikan semuanya sesuai untuk baby awak ya. Alhamdulillah, apa yang saya buat semuanya sesuai dengan baby saya. CL saya yang ajar semuanya. Sekarang baby dah 18 hari, jaundice dia dah hilang. Apa yang kami buat, bf sekerap yang mungkin, tapi maybe susu saya tak cukup pekat lagi, jadi kami topup dengan susu Karihome, saya strictly susukan baby sejam sekali. Saya kejutkan anak untuk menyusu sejam sekali walaupun malam. Kalau rasa susu badan saya tak cukup, saya topup dengan fm. Pastu CL suggest mandikan baby guna air teh, repus 2 uncang teh sampai didih, pastu campur dengan air biasa sampai suhu sesuai untuk mandikan baby. Mula mula kami guna mandian herba cina tu, tapi CL kata pengalaman dia, air teh lagi cepat turunkan jaundice. Kemudian pagi pagi kami buka semua tingkap rumah, bagi cahaya pagi masuk. Kami tak jemur baby, tapi bagi baby duduk Terang kena cahaya pagi, dalam jam 7-8 pagi camtu. alhamdulillah jaundice anak dari 225 turun ke 173 masa first check up lepas start ikhtiar, pastu kali ke 3 check up (jarak setiap check up 1-2 hari) jaundice langsung turun sampai 90. Sekarang dah tak ada jaundice. Waullahualam. Kami sekadar cuba, tapi alhamdulillah Allah mudahkan semuanya. Yang penting pastikan baby berak kencing kerap. Anak saya sepanjang jaundice saya make sure dia berak 5 kali sehari. Pastu pastikan jugak kita kerap tukar pempers baby supaya baby tak kena ruam lampin. Be gentle masa bersihkan berak baby sebab takut punggung dia melecet pulak.

VIP Member

baby sy kuning 231 3 hari selepas dilahirkan. risau tu memang risau dan baby pulak xnak breast sbb awl2 sy dah ajar susu formula sebab lps je beranak kan dy tu susu xkeluar and sy pom first time mama jd xde pglman bg susu dada. cra sy dari baby kuning 231 ke 44 dalam masa 2mggu (2 mggu utk baby cukup term) sy bg susu dada yg dipump dan susu formula tp byk bg susu formula lah. gerak baby 1jam atau 2 jam utk mnyusu tp sy plih 2 jam sbb sy kna rehat jgak. stp hari 2jam utk 24jam sampai lah kuning baby trun ke ke level yg doc nak(80) nak senang set alarm 2jam bg susu dada atau formula. setakat ni sy xcuba mana2 cara lain kcuali ng susu je baby. mandi pom mndi mcm biasa xde guna herb mana2. alhamdulillah baby bebas kuning ngam2 2 mggu. klu boleh jgn bagi baby makan atau mnum selain susu. klu nk mandikan dgn air herb atau etc tu atas awk

-jangan makan jamu atau apa2 herba yang panas -jangan makan lada hitam, kunyit & halia -pergi kedai ubat cina bagitau nak uncang mandian untuk baby kuning. Rebus dalam 20minit. Saya rebus malam untuk mandikan baby pagi esoknya. Jangan campur air lain dah. -cari tebu hitam. Tumbuk dan ambil air. Titik dalam 2titik dalam mulut baby. Saya guna syringe je senang. 2x sehari. Pagi n petang. -susukan baby setiap 2jam. Baby kuning memang akan tidur je memanjang so kena kejutkan jugak Ni cara saya masa baby kuning haritu. Sekejap je dah turun

VIP Member

- stop makan apa2 jamu @ herba @ akar kayu - stop makan makanan ber lada hitam. - focus bf. tk perlu intro fm. just kerapkan menyusu je. Tapi jujur sy ckpkan. kalau sis dh ikhtiarkan mcm2 tpi tetap tk turun. lepas 2minggu, masih tk turun jugak, stop je bagi fm ke mandi dgn apa2 je. focus bf je sis. nnti dia hilang sndiri. lebih dri 2 minggu dh kira prolong jaundice. buat laa apa pun, dia akan hilang dgn sendiri.

No kunyit juga ya sis. Utk mandian sy guna Baby’s Nature by Blessed Beauty

saya plak, mix BF and FM. Sy pump tak direct BF sbb tak tau kuantiti air susu byk mana dia minum. Now still mix tp sy tgh slow utk stop fm and continue bf. Alhamdulillah kuning drop

Baby saya pun kuning sampai mata pun kuning. Tokwan dia belikan ubat kuning di klinik. Alhamdulillah 1malam je kena tahan wad.

Baby sy mandi air daun kucai setiap hari .. bykkan mnyusu badan .. dri 196 dlm masa 6hari turun 71 kuning dia ..

Beli susu formula karihome sis. Boleh turun 20-30 dalam masa dua hari inshaaAllah

mandi air daun kucay cpt ja kuning turun, tpi ikut badan baby takut sensitive

kerapkan susu..pantang makan jamu

Soalan berkaitan

Soalan popular

Artikel Berkaitan