Nafas baby bunyi grok grok
Salam ibu nak tanya , anak umur sebulan lebih hidung tak berair pun tapi nafas dia kadang bunyi grok grok tu dan bila sembur nasal spray ada hingus keluar tu makna nya selesema ke apa ? Ada tak ibu ibu yang ada pengalaman sama ? Sebab saya dah buntu dah lama sangat anak macam tu dah gi emergency 2kali tapi doktor kata takde pape . #Firstmom#firstmom #pleasehelp #firstbaby

No such thing as’ kahak tak habis sedut lepas lahir’. Itu hanya mitos yang berlegar dan terus menerus dipercayai, hinggakan petugas kesihatan pun mempercayainya. Eh, nak tahu ke apa sebenarnya bunyi ‘kahak’, ‘lendir’ atau apa saja yang anda panggil tu? Ni explanation simple saya. Di belakang hidung, ada tisu adenoid. Adenoid ni adik beradik kepada tonsil (ni dalam area tekak). Ada sesetengah baby, adenoid ni besar sedikit daripada baby lain (bukan besar mana pun, maybe dalam 0.5-1cm je), tapi disebabkan saluran hidung baby kecil, extra 0.5cm boleh menyebabkan saluran hidung secara relatifnya, kecil di kawasan tersebut, menyebabkan ‘turbulence’ dan getaran udara terhasil (bunyi ‘snort’ atau ‘kahak dalam hidung’. Ala, macam jalan raya dua lane, tapi satu kawasan tu, ada kereta parking tepi jalan, menyebabkan kawasan tu jadi satu lane. So kereta terpaksa slow down di area tu saja. Lepas area tu, trafik lancar. So, macam tu juga dalam hidung. Turbulence tu ibarat trafik yang jadi sesak sikit. Apabila bayi makin membesar, saluran hidung ikut membesar, dan area yang sempit tu, lama kelamaan akan hilang. Sebab itu, apabila bayi mencecah umur 3-4 bulan, bunyi tu akan semakin menghilang. So, perlu ke sedut? No, tak perlu. Silap haribulan, lubang hidung boleh berdarah. Dan darah tu akan menitis masuk ke tekak dan perut. Kalau bayi jeluak, nanti ada bercampur darah, baru nak kalut. Side info. Paru-paru bayi dipenuhi cecair semasa dalam kandungan. Sebaik sahaja bayi keluar ke dunia dan menyedut nafas pertama, Allah dah cipta mekanisme yang sangat cantik. Semua cecair itu akan diserap oleh badan secata automatik. Tak perlu sedut pun sebenarnya. Kalau sedut pun, wayar tu tak akan masuk ke dalam saluran pernafasan #normal ye mommies, baby sy no 2 pun alami benda yg sama. dekat 5 bulan juga baru hilang. mmg mula² sy pun risau sgt dgn bunyi tu tp sy percaya apa dokter terangkan dan sy biarkan je sebab tak ganggu penyusuan / problem tidur.
Baca lagi



Dreaming of becoming a parent