Saya pernah jumpa Dr Jenny di Baby & Beyond Child Specialist di Publika. Saya cadangkan puan jumpa Dr ni kerana anak saya pun jenis kulit sangat sensitif. Tapi lepas Dr check and kasi ubat, dia dah sihat. Sebenarnya ibu cuba avoid pakai sabun yang terlalu wangi or berbuih. Saya pakai Cetaphil. Mahal sikit tapi so far okay. Lotion, saya cadangkan Aveeno Eczema Therapy (boleh beli di Shopee) atau QV Intensive With Ceramides (pun kena beli online). Nanti basuh baju guna baby detergent khas, saya pakai Nappikleen. Lepas tu guna Downy baby softener. Kadang2 pencuci baju orang besar kasar sangat dengan kulit baby. Kalau naik bintik macam rash or eczema, Dr Jenny recommend U-Closone (pharmacy ada) atau Elomet ointment. Tapi dua dua ni kena jarang pakai tau, ada steroid. Bagus kalau teruk sangat. Tapi bila dah nampak nak sihat, terus stop. Kalau tak kulit jadi nipis. Harap saya membantu
ni jenis kulit kalah org tua2 ckp..ank sedara sya pun mcm ni padahal tak main kat luar rumah pun kena gigit nyamuk terus jadi parut2 mcm ni.dari kecik smpkan dah kawin skrg ni pun masih ada bekas2 parut lagi. sya pun tak pasti nak guna mandian or ubat apa.