Miss V (lochia) bau ikan

Salam. Baby saya dah 6 bulan. Normal ke lepas beranak 6 bulan Miss V masih bau ikan? Saya baca sebab bacterial vaginosis, nak gi Klinik /hospital malas pulak.. Boleh suggest ubat atau tips nak hilang bau ni tak? Sebelum beranak, bau Miss V saya okay, bau acidic sikit, memang bau normal. Tapi lepas beranak bau ikan (fishy smell) ni tak hilang la, walaupun dah 6 bulan.. Normal ke yea? Please bantu share tips, nasihat atau ubat apa-apa yang saya boleh amalkan. Terima kasih semua 🙏 #firstTime_mom

12 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

sis no malas malasss..risau infection tu..nak2 zaman skrg penyakit macam2... baik refer ke klinik/ hospital sis,cegah sblm melarat.. pengalaman saya bau hanyir ikan ni jadi kat saya masa mandi laut,time tu honeymoon..balik dari mandi laut,mandi kt bilik hotel,tiba2 mse sdg bersama,keluar bau hanyir ikan tu kuat gila sampai suami dan saya sendiri rasa nk termuntah... tak senang hati terus gi klinik terdekat,buat test,masuk muncung itik tu..doktor cuma cakap keputihan ada sikit infection,jaga kebersihan dan maybe sbb baru kawen.. tak lama lepastu kena kencing kotor plk,nk kencing sakit + rasa x lawas + ada darah..gi klinik, doktor bagi ubat antibiotik kot masuk kt dalm faraj.. dh elok..sejak tu kalau bersama,leps je bersama terus saya bertapa dlm bilik air, basuh bersih2 pakai air paip then air suam, lama2 dh x de dh penyakit tu.. kalau pengalaman lepas bersalin plk,dah habes pantang 100 hari, cuba utk bersama dgn suami,tiba2 bau ubat kuning tu.. hahaha

Baca lagi

Sounds abnormal to me 😅 Sebab saya right after bersalin tak pernah bau ikan sampai anak2 besar. 2x bersalin tak pernah mcm ni even tak jaga makan pun which banyak makan benda manis. Baik sis g clinic takut infection apa. Saya mmg jenis tak pakai pape down there sbb generally doc & nurse tak bg pakai feminine wash. Tp saya mmg sentiasa basuh bersih & takda buat pun sitz bath tuu but kalau sis nk try boleh jugak

Baca lagi

Sy pernah kena. Bau hanyir. Nak bersama pun segan masa tu. Tp sy x p klinik. Sy p farmasi beli ubat utk jangkitan kuman d bawah. Lepas makan ubat tu baru hilang. Hmm. Sampai skrg x pernah kena dah la sbb sy betul2 jaga dah lepas kena tu. Sblm & slps bersama wajib basuh bersih elok2. Tukar spender apa smua.

Baca lagi

Sis, bab bab macam ni memang tak boleh malas pergi klinik. Sebab infection boleh jadi macam macam. Without proper consultation boleh lead to more serious issue. Better pergi klinik dapatkan diagnos and proper consultation ya 😊

nk consume any ubat pun kne prescribe drpd doctor sis. better pergi je klinik. kalau malas g gov g je swasta, waiting time pun xlama. sis dh try sitz bath ke? bnykkan mnum air masak, makan yougurt.

Sis..try makan kapsul manjakani setiap kali lepas period 2 kapsul..dan buat rendaman serbuk manjakani setiap hari..campurkan garam waktu rendam...kat shopee ada ..boleh cari

Tak Okey sis.. Sepatutnya x ada bau ikan mcm tu.. Sis pergi klinik nnti doktor bagi antibiotic.. Insyaallah hilang.. Sebab saya pernah kena.. Sampai kencing pun bau busuk..

Sis ada try basuh pkai air suam? Sya lps brnak pn bau jga..sya amalkan bsuh pkai air suam..dkat sbulan juga bru kurang baunya..skrang ni dh ok bau yg normal

boleh try juga basuh guna air suam + daun sireh sis. boleh hilangkn bau yg tak enak tu. selain tu jumpa doc secepat mungkin takut ada jangkitan

Cuba try probiotics yg ada kndungan lactobacillus rhamnosus