Anak nangis macam kena dera

Saja nak luah. Tadi anak saya nangis sangat2 macam kena dera. Masa tu saya sorang ja kat rumah. Lain keluar. Anak saya bukan high demand. Tp bila pass wake window dia memang jadi mcm tu. Semua serba tak kena. Puting, botol susu, buai, even breast saya pun dia tolak mentah2. Dengan saya sekali ikut nangis. Saya jadi mental taktau nak buat apa. Rasa takda connection langsung. Letak nangis. Angkat diam jap, pastu nangis kuat balik. Saya first time mom. Rasa burn out sangat. Rasa tak layak jadi ibu sebab tak dapat tenangkan dia. Macam mana nak buat kalau jadi lagi. Saya takut kena postpartum depression. #firstmom #ingintahu

17 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

faham prasaan sis bila kita jadi fst time mom .. sya pun mcm tu dulu.. memang takut yg TERAMAT SGT.. sampaikan sya wasap family sya utk bertanya kenapa baby tiba2 menangis dan x boleh dipujuk.. ataupun wasap mreka sebab "tak mahu rasa seorang2 handle baby".. sebab sya merantau. mak sya jauh di kmpung. . now dah ada anak yg kdua, dah x gelabah mcm ank frst dulu sebab dah tau perangai baby ni mcm mana.. memang akan ada hari baby ni akan menangis x tentu hala dan tiba2.. ini kerana, dorg ni nak kan sesuatu atau rasa x selesa ,, ataupun dia ada nak "pandai sesuatu" perbuatan yg baru nanti.. jgn risau, nnti baby akan ok balik. mom kena tenang. baby pulak jgn bagi dia overtired .. kena cukupkan tidur dia.. jgn bagi dia rangsangan yg berlebihan.. dia masih kecil utk menghadam rangsangan yg trlalu kuat.. klu x diam gak, dukung dia dan bawa jalan dlm rumah. pasang zikir2 dekat dia

Baca lagi