Saluran puting sikit

Puting saya kat breast sebelah kiri ni dia macam ada satu saluran je keluar air susu time saya picit. Tapi belah kanan ada banyak pula saluran untuk air susu keluar. Nak buat macamana eh ke benda ni normal? Selalu anak DF kat belah kiri mesti dia mengamuk dan saya selalu rasa masi berat breast saya walaupun dah DF bagi kat anak . Kalau breast belah kanan takde pula anak mengamuk #firsttimemom #advicepls

1 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Umur anak berapa awak? Saya faham apa yang awak cuba sampaikan. Saya pun macam tu tapi belah kanan. Bila marmet nampak macam satu saluran, tapi bila marmet belah kiri macam ada banyak saluran. Sebenarnya itu bukan petanda saluran satu atau banyak. Itu fisiologi puting kita sendiri. Anak saya mula2 pun macam tu jugak. Taknak belah kanan, nak belah kiri je sampai besar sebelah. Apa yang saya buat saya keep offer juga yang belah kanan tu. Saya akan offer sebelum anak masuk 2nd stage of feeding cue. Lebih senang nak pujuk anak masa 1st stage. Alhamdulillah sekarang dah okay. Awak cubalah. Harap membantu. Don't give up okay💪Kalau awak perlukan bantuan, boleh minta tunjuk ajar nurse masa checkup baby nanti.

Baca lagi
12mo ago

@fatin nadyra🤗