hai momy2 nak tanya masuk 8bulan ni boleh tak makan tapai.. sbb tringin sgt nak makan ..
prnh nak makan awal bulan tapi org kata tak baik tajam.. tapi kalau dah masuk 8bulan ni pun masih tak boleh ke?#ingintahu #firstmom #

Fakta atau Mitos. Makan tapai semasa hamil boleh menyebabkan keguguran? Jawapannya ialah Fakta. Proses penapaian itu menyebabkan tapai mempunyai kandungan yang beralkohol. Lebih lama proses penapaian, lebih tinggi kandungan alkohol. 24 Kajian perubatan ke atas 231 808 wanita hamil telah membuktikan, minum alkohol, walaupun hanya sedikit saja, tidak kira apa jenis alkohol, boleh meningkatkan risiko keguguran. Lebih tinggi kandungan alkohol, lebih tinggi lagi risiko keguguran. Alkohol walaupun sedikit saja, tidak kira apa jenis alkohol, juga boleh menyebabkan Fetal Alcohol Syndrome, Fetal Alcohol Spectrum Disorders (FASD) dan masalah kerosakan pembentukan otak janin. NO AMOUNT OF ALCOHOL IS SAFE IN PREGNANCY. P/S: Lagi satu nak tambah. Bila doktor tunjuk bukti kajian perubatan bahawa telan alkohol walaupun sedikit saja boleh memudaratkan kehamilan dan kesihatan janin di dalam kandungan, jangan pula lawan doktor kata alkohol dalam tapai tu halal atau haram. Doktor beri anda nasihat kesihatan saja, bukan nasihat benda tu halal atau haram. Jika kemudaratanya lebih dari kebaikan maka tak payah lah telan tidak kira laaaa benda itu halal. Makan kayu pun tak haram. Makan junk food pun tak haram. Guna lah akal fikiran anda sebelum membuat pertimbangan sendiri. Terimakasih -dr imelda balchin punya posting
Baca lagi